suria

[V] Warga emas ditemui hidup sebatang kara di pondok buruk di hutan - “Dalam dompet cuma ada MyKad”

Warga emas ini hidup sebatang kara di dalam hutan sejak beberapa tahun lalu.

SEORANG warga emas meraih perhatian ramai selepas tular kisahnya yang tinggal bersendirian di dalam hutan di Tambunan, Sabah.

Kisah mengenai Pakcik Lemis, 68, itu dikongsi oleh aktivis kebajikan, Adrian Edy, 30, menerusi media sosial pada Khamis lalu.

Menurut Edy, dia berkunjung ke pondok [Tonton Video] yang didiami warga emas berbangsa Dusun itu pada Rabu selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Pakcik Lemas sebelum ini tinggal di sebuah pondok usang (kiri) sebelum berpindah ke sebuah pondok baharu (kanan) atas ehsan seorang pemilik tanah.

"Dia tinggal dalam hutan sejak beberapa tahun lepas. Pondok dia yang sebelum ni dah usang sangat. Sekarang dia duduk di sebuah pondok lain, atas ehsan tuan tanah.

"Tapi pondok baharu tu pun hanya dibuat daripada kayu dan zink. Isterinya dah meninggal beberapa tahun lepas. Mereka tiada anak. Jadi dia hidup sebatang kara.

"Pakcik Lemis juga sakit kaki, susah nak berjalan. Dia cuma cari hasil hutan seperti sayur dan rotan untuk teruskan hidup," ujar Edy ketika dihubungi mStar.

  • Aktivis kebajikan kongsi video lawatan ke sebuah pondok yang didiami seorang warga emas.
  • Pakcik Lemis hidup sebatang kara di dalam hutan selepas kematian isterinya beberapa tahun lalu.
  • Warga emas itu menerima bantuan wang tunai, makanan dan barangan kelengkapan rumah.
  • Ramai netizen meluahkan rasa sedih menonton video realiti kehidupan warga emas itu.

Dalam kunjungan itu, Edy bersama pasukannya membuat pemasangan lampu dan kipas solar secara percuma kerana pondok berkenaan tidak memiliki sambungan elektrik.

Edy turut memberi bantuan kelengkapan rumah seperti bantal, tilam, bekalan makanan serta sejumlah wang bagi meringankan beban warga emas itu.

"Saya bawa dia ke pekan untuk beli baju, seluar, selipar dan topi. Dia pakai beg yang sudah koyak. Katanya, ada orang potong beg dan curi barang-barang miliknya sebelum ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: Guna raket pinjam, kasut buruk... Murid B40 menang badminton tapi tak diraikan akhirnya dapat perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan RM30 sehari, mekanik hanya mampu besarkan 12 anak dalam pondok buruk... Beras 10kg habis dalam masa 2 hari

"Jadi saya mahu belanja beg baharu. Lama dia tenung, kemudian dia kata tak perlu sebab beg itu mahal. Tapi saya suruh dia pilih. Saya kata jangan risau, sebab saya yang belanja.

"Saya juga belikan gas, dia dah tak masak beberapa hari sebab gas habis. Saya bawa dia gunting rambut juga. Paling sedih, dompet dia kosong. Duit syiling 10 sen pun dia tak ada. Hanya ada MyKad saja" kongsinya lagi.

Perkongsian video mengenai kisah warga emas itu turut mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Selain kelengkapan rumah dan makanan, Edy turut memberi wang tunai dan pakaian baharu untuk warga emas itu.

"Ya Allah, kesiannya. Mesti hidup dia sunyi. Rumah jauh dalam hutan. Macam mana dia survive?

"Terima kasih orang baik. Kalau boleh, biarlah pakcik tu tinggal di rumah orang tua.

"Tolong dia mohon bantuan untuk orang tua di Jabatan Kebajikan," tulis beberapa netizen.

 

Artikel Lain