MEMEGANG status sebagai isteri tidak harus menjadi penghalang untuk mereka terus bersosial, namun realitinya ramai wanita seolah-olah 'lenyap' daripada radar persahabatan sebaik sahaja melangkah ke alam perkahwinan.Menyedari situasi ini bagai menjadi kebiasaan, seorang pengguna Thread membangkitkan persoalan tentang sesetengah wanita bergelar isteri yang tidak berusaha menjaga hubungan bersama rakan. "Kenapa apabila sudah berkahwin, separuh perempuan memang tak ada effort nak jaga atau mengekalkan persahabatan dengan rakan-rakan dia?Tugasan sebagai suri rumah sering membuatkan para isteri keletihan. -Gambar hiasan"Sedangkan dia kenal kawan lebih lama sebelum suaminya," soal wanita ini.Meskipun mengakui dirinya memahami komitmen serta keutamaan yang telah berubah, namun baginya pertemuan antara rakan sepatutnya boleh dilakukan sekali sekala.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengadu pada suami, rakan pejabat sudah berkahwin kerap bagi minuman percuma... Siap ‘tabur’ kata-kata pujianARTIKEL BERKAITAN: “Kau galak nak kahwin sangat!” - Wanita tegur rakan baik mengadu hal rumah tangga, burukkan suami gaji kecil"Faham je prioriti dah berbeza, ada tanggungjawab semua dan kita pun bukan nak keluar jumpa selalu. "Tapi WhatsApp pun bluetick je, mungkin kalau balas jatuh derhaka pada suami?" soalnya, sinis.Seolah-olah terkilan dengan sikap rakan-rakannya, dia menitipkan pesanan agar golongan wanita yang sudah berkahwin untuk cuba menjaga hubungan persahabatan.Wanita persoal rakan ‘hilang’ selepas berkahwin.Hairan tak jaga persahabatan walaupun kenal kawan lebih lama.Dakwa mesej pun sering tak dibalas.Pesan supaya wanita berkahwin terus hargai sahabat.Netizen minta faham komitmen dan keletihan rakan berumah tangga.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah katanya, dalam perkahwinan tiada siapa yang tahu apa akan berlaku pada masa hadapan dan pada saat itulah bantuan seorang sahabat amat diperlukan."Jagalah persahabatan korang no matter what. Korang takkan tahu bila akan perlukan pertolongan kawan-kawan tu suatu hari nanti," tambahnya.Di ruangan komen, warga maya memberi reaksi bercampur baur termasuk memintanya memahami kehidupan rakan yang telah mendirikan rumah tangga.Warga maya berkongsi situasi masing-masing."Saya rasa sedih baca ni dan jika ada rakan-rakan yang terasa seperti ini, saya mohon maaf sebab saya letih uruskan kerja rumah selain cuba mengimbangi kehidupan... bukanlah kerana dihalang oleh suami."Bagi mereka ruang untuk fokus kehidupan baharu, kita sebagai kawan kena sentiasa sokong dan doakan mereka dalam ruang baru mereka."Cuba berkahwin, barulah faham situasi mereka yang sudah berumah tangga," demikian antara reaksi netizen.