suria

Patutlah murah, tiada lesen! Wanita batal niat guna servis pemandu hantar anak ke sekolah - "Tak apa, saya ajar dia naik bas"

Sesetengah ibu bapa menggunakan khidmat penghantaran pelajar bagi memudahkan urusan harian. -Gambar hiasan AI

HASRAT seorang ibu untuk menggunakan khidmat penghantaran pelajar terpaksa dibatalkan selepas mendapati pemandu yang menawarkan servis tersebut tidak memiliki lesen memandu.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu memaklumkan dia pada awalnya tertarik dengan tawaran seorang ibu yang menyediakan perkhidmatan menghantar dan mengambil pelajar sekolah dengan harga sangat berpatutan.

Menurutnya, dia menghubungi wanita berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut termasuk identiti pemandu yang akan membawa anaknya yang baru memasuki tingkatan satu ke sekolah.

"Dia maklumkan, kata ada tawarkan servis hantar dan ambil pelajar sama sekolah dengan kakcik (anak). Jadi saya pun mesej dia.

Ibu bapa perlu mengutamakan keselamatan anak dalam apa jua keadaan. -Gambar hiasan AI

"Saya tanya dia, siapa yang pandu? Dia cakap dia sendiri, kadang suaminya. Saya pun macam... okay. Kemudian saya minta gambar lesen memandu sebab dia kata guna kenderaan sendiri.

"Dia bagi gambar lesen suami dia je jadi saya pun minta lesen dia juga. Dia mengaku tak ada lesen memandu. Dia pun bagi gambar kad pengenalan tapi tutup nombor digit IC tu," cerita wanita ini

Walaupun harga yang ditawarkan sangat menarik, dia akhirnya memilih untuk membatalkan niat menggunakan perkhidmatan itu serta merta atas faktor keselamatan dan perlindungan insurans.

ARTIKEL BERKAITAN: Hantar anak ke asrama seawal tingkatan 1... Ramai bekas pelajar harap dapat putar masa, mahu betulkan satu perkara

ARTIKEL BERKAITAN: "Patutnya percuma saja" - Wanita 'berhujah' minta kerajaan taja buku semua murid... Simpati nasib B40, ibu bapa ramai anak

"Harga 'cantik' dah, menarik tapi saya terus tak jadi ambil. Sebab pelajar sekolah seantero Malaysia ni ada insurans. 

"Kalau guna khidmat pemandu tak ada lesen ni, apa-apa jadi waktu pergi balik sekolah saya tak boleh buat tuntutan.

"Ikutkan sebenarnya, salah sebab kenderaan sendiri guna untuk angkut pelajar, tapi itulah. Bab tak ada lesen tu, saya tak ada kompromi langsung. Tak apa, saya ajar anak naik bas Rapid (pengangkutan awam Rapid KL)," ujarnya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyokong keputusannya dan mengingatkan ibu bapa supaya tidak mengambil risiko demi harga murah.

  • Ibu batalkan servis hantar anak ke sekolah kerana pemandu tidak memiliki lesen.
  • Faktor keselamatan dan tuntutan insurans menjadi kebimbangan utama.
  • Walaupun harga murah, keputusan dibuat demi keselamatan anak.
  • Anak diajar menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL.
  • Netizen memuji tindakan tersebut dan ingatkan ibu bapa supaya lebih berwaspada.

"Awak buat benda yang betul. Jangan bagi peluang dekat orang macam ni. Memanglah cari duit tambahan tapi nyawa tu bukan mainan. Naya kalau jadi apa-apa.

"Jika ada jiran yang sama sekolah dengan anak boleh tumpangkan cuma berilah duit upah. Elakkan tumpang secara percuma sebab yang menghantar pun nak guna duit isi minyak.

"Beringat samalah parents. Jangan sebab murah, nyawa anak tergadai. Awak buat keputusan yang bagus. Mak saya ada juga suruh saya buat hantar anak orang pergi sekolah ni tapi saya tak nak. Tanggungjawab berat," komen beberapa netizen. 

Artikel Lain