Mereka yang tergolong dalam kategori pertengahan diatakan 'terhimpit dan perlu rancang kewangan lebih teliti. -Gambar hiasan AI
SEBUT sahaja gaji RM5,500 sebulan, pasti ramai yang membayangkan kehidupan selesa dan pendapatan mencukupi.Namun hakikatnya, mereka yang tergolong dalam kategori pertengahan (M40) ini dikatakan terpaksa melalui ranjau kehidupan seperti mana yang disuarakan oleh pengguna Thread ini. Menurut lelaki tersebut, kekangan kewangan yang dialami membuatkan dia terpaksa 'melepaskan' kereta idaman."Aku seorang budak biasa yang berhempas pulas belajar sampai ijazah dan masuk kerja dengan gaji RM5,500... bunyi sedap kan?Golongan pertengahan antara yang terbeban kewangan. -Gambar hiasan AI"Mestilah nak pakai kereta yang selesa, sesuai dengan kerja dan mohon Honda City 'low spec' yang sebulan RM900," luahnya berkongsi situasi dialami.Menurut lelaki ini, disebabkan pendapatan bulanannya tergolong dalam kategori pertengahan, dia tidak layak membeli kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR).Susulan itu, dia terpaksa membeli rumah berharga RM300,000 dengan pembiayaan selama 30 tahun dan kos bulanan RM1,450."Kemudian aku berkahwin, isteri pula suri rumah dan mempunyai anak dua orang.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa ramai anak orang kaya dapat biasiswa! Geng M40, T20 beri hujah - “Bayar cukai, tengok je anak B40 dapat semua tu?”ARTIKEL BERKAITAN: Makan kena catu gara-gara hutang keliling pinggang... Pemuda fikir jalan mudah buat pinjaman peribadi demi ’tutup lubang’"Lepas bayar komitmen, gaji RM5,500 tadi tinggal lebih kurang RM2,000 je," tambahnya memperincikan situasi kewangan dialami.Bagi lelaki ini, bebanan semakin terasa apabila dia turut tersepit dalam sistem bantuan kerajaan.Dakwanya, anak daripada golongan pertengahan tidak layak didaftarkan ke tadika Kemas, institusi bimbingan awal kanak-kanak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat."Nak masukkan anak ke tadika Kemas? Maaf, dalam sistem tidak layak.Gaji RM5,500 nampak selesa, realitinya M40 tetap sesak.Tak layak PPR, beli rumah 300k, komitmen tinggi.Anak tak layak tadika Kemas, terpaksa tadika swasta RM1,000 sebulan.STR sikit, PCB tinggi, Honda City terpaksa dilepaskan.Netizen simpati, kata M40 paling terbeban tapi paling kurang dibantu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Jadi tiada pilihan, masukkan anak-anak ke tadika swasta dengan bayaran RM500 seorang... keseluruhan untuk dua anak adalah RM1,000."Itu tak termasuk yuran tahunan, buku, baju dan aktiviti lain," luahnya seolah-olah mengharap bantuan kerajaan untuk pendidikan anak-anak.Mengakui menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), namun katanya, jumlah yang diperoleh tidak setimpal dengan potongan cukai bulanan (PCB).Malah dia menyatakan jumlah yang diterima itu hanya dapat membeli barangan dengan muatan suku troli, sekali gus menggambarkan kesukaran untuk membeli barang keperluan.Antara reaksi warga maya.Tambah lelaki ini, kemuncak kepada tekanan kewangan membuatkan dia dan isteri terpaksa melakukan perubahan drastik. "Akhirnya, isteri kena kerja dan Honda City terpaksa dilepaskan dengan downgrade kepada Perodua Bezza."Dapat kenaikan gaji, tapi pendapatan bersih tetap sama kerana bracket cukai sudah lain," ujarnya.Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan situasi 'miskin bandar' yang dialami golongan pertengahan.Ada yang berpendapat golongan M40 kini seolah-olah memikul beban negara namun paling kurang mendapat perhatian dari segi subsidi dan bantuan."Itulah hakikat tinggal di Malaysia, M40 kena bayar macam-macam cukai tapi bantuan tak dapat."Dekat Malaysia ni haram jadi kaya, keji apabila bergaji besar walaupun atas usaha sendiri," demikian antara reaksi netizen.