suria

Anak bengang mak ayah selamba minta nak guna kereta baru keluar kedai, sebelum beli bukan main halang - "Aku tak sempat rasmi"

Anak muda pasti gembira selepas berjaya memiliki kereta pertama. -Gambar hiasan AI

MEMILIKI kereta idaman merupakan satu pencapaian membanggakan, apatah lagi bagi anak muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan.

Di Thread, seorang wanita tular selepas berkongsi tentang kesedihan yang perlu ditanggung walaupun dia baru membeli sebuah kereta baharu.

Menurut wanita itu, dia berasa amat terkilan kerana diminta untuk menyerahkan kereta tersebut untuk kegunaan keluarganya.

Kereta sangat penting untuk memudahkan pergerakan mereka yang baru memulakan kerjaya. -Gambar hiasan AI

"Nak nangis boleh tak? Aku punya usahalah nak beli kereta, tunggu loan approve, semua aku buat sendirian.

"Akhirnya, keluarga nak kereta aku. Suruh swap (tukar) dengan kereta bapa aku yang buruk. Aku tak sempat rasmi lagi tau, korang dah ambil daripada aku.

"Aku rasa tertekan. Masa beli bukan main mereka cakap membazir, cakap aku tambah hutang la," luah wanita itu.

  • Wanita tular di Thread selepas kongsi cerita tentang pembelian kereta pertama.
  • Dia tertekan kerana diminta menyerahkan kereta itu untuk kegunaan keluarga.
  • Ramai netizen bersimpati dengan nasib malang wanita itu.
  • Pelayar Thread beri cadangan supaya dia tak bayar pinjaman sehingga kereta itu ditarik oleh pihak bank.

Hantaran berkenaan dihujani lebih 500 komen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasibnya.

"Jangan tukar. Nanti menyesal. Kena saman atau kemalangan, 100 peratus jatuh atas kepala kau. Kau yang bayar, kau la guna kereta tu.

"Kereta nama awak jangan bagi orang lain pakai. Kalau kemalangan, nanti insurans tak cover.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan pertama terus buat ‘projek’ dalam kereta... Dua lelaki viral dalam Perodua Alza baru berkenalan 2 minggu

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bengang mak ayah berkira... Minta pinjam kereta 'jarang guna', disuruh bayar sewa bulanan - “Orang tua tak hamak duit kau”

"Sudah-sudahlah. Biarlah anak bina kehidupan sendiri. Beri mereka ruang menikmati hidup," antara komen netizen.

Malah, ada yang turut memberi beberapa cadangan kepada wanita itu untuk berdepan dengan sikap tamak ahli keluarganya.

"Senang je. Jangan bayar pinjaman. Biar kereta tu kena tarik.

"Keluar dari rumah tu. Sewa bilik di tempat lain. Tolonglah pentingkan diri," tulis netizen lagi.

 

Artikel Lain