HUBUNGAN kekeluargaan tidak memberi 'lesen' untuk kita sesuka hati membuka aurat ketika berada di dalam rumah.Di laman X, seorang individu meluahkan rasa kurang senang kerana bapanya tidak pernah menjaga aurat ketika berada di rumah. "Aku ada masalah ni. Ayah aku kalau kat rumah, dia pakai seluar dalam je ke hulu hilir ruang tamu dan dapur.Aurat sesama ahli keluarga juga perlu sentiasa dijaga. -Gambar hiasan AI"Kalau pakai boxer tu faham lagi la kan, ni dia pakai yang segi tiga tu," tulis individu berkenaan.Lebih mengecewakan, dia berkata, sikap bapanya itu tidak pernah berubah sejak dia kecil sehingga dewasa."Sebenarnya aku dari kecil dah alami benda ni. Tapi entahlah, mak aku pun tak ada tegur," tulisnya lagi.Seorang individu mendakwa bapanya hanya berseluar dalam ketika di rumah.Dia tidak selesa kerana perlu melihat bapanya yang separuh bogel berlegar-legar dalam rumah.Pengadu berkata sikap bapanya itu tidak pernah berubah sejak dulu.Netizen berkata keluarga mereka juga ada yang berperangai sama.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, beberapa individu mendakwa ada ahli keluarga mereka yang turut berperangai serupa."Samalah dengan bapa saudara aku. Apa yang telah 'merogol' mata aku ni?"Arwah pak mentua aku pun sama dulu-dulu. Tapi dah tua, dia dah okay."Sama macam makcik saya. Dia pakai kain batik je dalam rumah," tulis beberapa individu.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berpurdah mengaku suka tenung gadis cantik, 'free hair'... Beli baju lawa-lawa tapi cuma pakai di rumahARTIKEL BERKAITAN: Wanita seksi akur disuruh tutup aurat lepas kahwin tapi kecewa suami tak berubah... Ligat ‘like’, ‘follow’ akaun perempuan ‘hot’Netizen turut memberi beberapa idea dan saranan kepada pengadu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya."Mungkin dia panas. Belanja la pasang aircond dekat rumah."Cakaplah dekat mak, suruh nasihat jangan berlegar-legar dengan seluar dalam."Ambil gambar dia, share dalam grup WhatsApp keluarga," tulis netizen lagi.Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, aurat antara ibu bapa di hadapan anak-anaknya adalah antara pusat dan lutut, begitulah sebaliknya.Justeru haram bagi kedua-duanya melakukan perbuatan yang mendedahkan aurat yang haram dilihat.Ibu bapa juga wajib menutup bahagian tubuh yang boleh menaikkan syahwat dan fitnah walaupun bukan kategori aurat, meskipun di hadapan mahram sendiri, kecuali di hadapan anak-anak mereka belum mencapai umur mumayiz.