suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sangka perangkap! Mentua datang mengejut nak tinggal 3 hari, balik terus jaja kisah anak menantu hidup daif

Mentua sepatutnya lebih tahu menjaga aib anak menantu sendiri. -Gambar hiasan AI

KUNJUNGAN ahli keluarga secara mengejut kadangkala boleh menimbulkan situasi kurang selesa, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan soal persediaan tuan rumah dan kekangan kewangan rumah tangga.

Demikian luahan sayu seorang wanita yang berkongsi pengalaman berdepan situasi sukar apabila ibu mentuanya bertandang tanpa sebarang perancangan awal, sekali gus menyebabkan dia dan suami berada dalam dilema dan serba salah.

Menurut wanita itu, mereka tinggal jauh daripada keluarga mentua dan hanya dimaklumkan mengenai kedatangan mengejut ibu mentuanya kira-kira 15 minit sebelum tiba di rumah.

"Rumah memang dah kurang barang dapur ketika itu. Cukup-cukup untuk kami bertahan sehingga suami dapat gaji. Tiba-tiba mak mentua datang bawa beg besar dan beritahu nak tinggal di sini selama tiga hari.

Persediaan awal penting sebelum menerima kunjungan daripada keluarga. -Gambar hiasan

"Kami terpaksa berterus terang yang kami kurang duit. Makan minum kami sekeluarga pun tak cukup," katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Tambah wanita berkenaan, sebelum ini suaminya pernah menegur ibunya supaya memaklumkan lebih awal jika bercadang untuk datang bermalam agar mereka sebagai anak menantu dapat membuat persiapan yang sewajarnya.

Rasa sedih dan kecewa pengadu terhadap tindak tanduk ibu mentuanya tidak terhenti di situ.

Apa yang lebih menggores hati wanita ini adalah apabila kisah kesempitan hidup yang dialami mereka sekeluarga didakwa mula tersebar kepada penduduk kampung selepas kejadian tersebut.

"Lepas balik dari rumah kami, habis semua orang kampung tahu rumah kami serba kekurangan. Canang satu dunia kami ni serba daif.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas selesai membeli, isteri kena angkat sendiri barang dapur... Suami berlagak ‘raja’ hanya duduk dalam kereta nikmati ‘aircond’

ARTIKEL BERKAITAN: Niat murni nak belanja keluarga guna gaji pertama terkubur... Mak langsung tak berminat lepas tahu pilihan kedai!

"Tahu la kami nak penuhkan rumah kami macam mana. Masa kemas-kemas beg baju nak datang tiga hari tu takkan la seorang pun tak terdetik nak beritahu kami dulu. Hal kewangan suami, hanya isteri saja tahu.

"Mentua... tolonglah jangan tengok pada luaran je. Mungkin nampak macam kami ni hidup senang... tapi sebaliknya hanya suami isteri saja tahu. Anak-anak yang dah kahwin ni tak kan nak cerita kesusahan dia pada mak ayah," katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib pasangan tersebut.

Malah mereka berpendapat bahawa seorang ibu mentua tidak sepatutnya membuka aib keluarga anaknya sendiri kepada orang luar.

  • Mak mentua datang mengejut, menantu terpaksa berterus terang tak cukup duit.
  • Hanya 15 minit notis sebelum mentua tiba di rumah.
  • Wanita terkilan kisah susah hidup jadi bualan sekampung.
  • Suami pernah pesan jangan datang tanpa maklum awal.
  • Netizen anggap mentua tak patut buka aib keluarga.

"Ibarat mentua awak ni memalukan anak lelaki sendiri juga. Habis dicanang tentang anak menantu.

"Tak mengapa sis, jangan malu. Yang dia aibkan sebenarnya darah daging dia sendiri sebab anak tak mampu mewahkan isteri. Jaga suami baik-baik, biar suami yang uruskan hal dengan keluarga mentua.

"Yang patut malu ialah mak mentua sendiri. Anak lelaki sendiri tak mampu beri kesenangan kepada isteri, tapi cerita pula kepada orang lain," kata sebahagian netizen memberi pendapat.

Artikel Lain