Adab ketika menziarahi bayi perlu diberi perhatian, termasuk menjaga tutur kata agar tidak menyinggung perasaan ibu bapa. -Gambar hiasan AI
SEBUT sahaja tentang anak, mana-mana ibu bapa pasti akan sensitif.Ini kerana tidaksemua ibu bapa selesa apabila fizikal anak dijadikan bahan gurauan atau perbandingan, lebih-lebih lagi ketika cahaya mata itu masih kecil dan suci. Bagi seorang wanita, komen yang pada awalnya dianggap sekadar gurauan akhirnya mengundang rasa sakit hati apabila saudara sebelah suaminya berulang kali mengkritik bentuk hidung anaknya.Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita berkenaan berkata perkara itu bermula sejak dia masih hamil apabila saudara tersebut memberi komen terhadap imej imbasan 5D bayinya."Sejak anak aku dalam perut lagi, dah ada saudara belah husband komen gambar scan 5D, kata hidung anak aku tak mancung. Aku diam je dulu," tulisnya.Setiap ibu pasti berasa sedih apabila mengetahui fizikal anak menjadi bahan umpatan. -Gambar hiasan AIBagaimanapun, apa yang dikesalkan adalah teguran sensitif itu tidak terhenti selepas bayinya dilahirkan.Sebaliknya, usikan yang sama semakin kerap diulang setiap kali mereka bersua muka."Masa anak aku tiga bulan, berulang kali saudara yang sama cakap... ala sayang hidung tak mancung."Siap suruh aku tarik hidung anak aku hari-hari nak bagi mancung," katanya.Sebagai seorang ibu yang masih berada dalam fasa berpantang, tindakan saudara itu akhirnya benar-benar menguji kesabarannya sehingga dia tidak mampu lagi membendung rasa marah.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih sejarah berulang... Anak kena ‘body shaming’, dipanggil comot sebab berkulit gelapARTIKEL BERKAITAN: Muka anak disamakan macam bulan, ibu yang rasa ‘sakit’ nekad bawa gadis ini jumpa pakar - “Kali pertama rawatan, mereka picit jerawat saya”"Mungkin sebab masa tu masih post partum, hormon pun libang-libu lagi. Terkeluar benda ni dari mulut aku."Dah kenapa nak hidung dia mancung? Hidung kamu sendiri tak mancung, tak ada seorang pun keturunan kamu hidung mancung."Belah abang (suami aku) pun semua hidung besar macam cawan. Mana nak datang baby dapat hidung mancung?" katanya membalas teguran tersebut.Menurut wanita itu, selepas kejadian berkenaan dia tidak lagi mengikut suaminya menziarahi saudara tersebut."Sekarang anak aku dah enam bulan. Maknanya dah dekat tiga bulan aku tak ikut husband melawat saudara dia. Dia tak bagi," ujarnya.Seorang wanita berkongsi anaknya sering dikritik kerana tidak berhidung mancung sejak dalam kandungan lagi.Saudara sebelah suaminya turut menyuruh dia menarik hidung bayi setiap hari.Tidak tahan dengan teguran berulang, wanita itu akhirnya membalas kata-kata saudara berkenaan.Selepas kejadian itu, dia tidak lagi mengikut suaminya menziarahi saudara tersebut.Netizen menyifatkan fizikal bayi tidak wajar dijadikan bahan kritikan atau perbandingan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpendapat penampilan fizikal bayi tidak sepatutnya dijadikan bahan kritikan, apatah lagi sehingga menyinggung perasaan ibu bapa.Malah, ramai beranggapan setiap anak dilahirkan dengan keunikan tersendiri dan ibu bapa berhak menetapkan batasan sekiranya komen yang diterima dilihat melampaui batas."Obses sangat dengan hidung mancung. Ingat tarik hidung baby tu boleh mancungkan hidung ke dah kalau genetiknya tak begitu."Sound je orang yang mengata anak kita. Anak saya umur setahun pernah kena shaming sebab dia anak istimewa."Tak faham orang Asia ni punya obsesi, dengan kulit putih dan hidung mancung," demikian antara komen netizen.