suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ini bergurau bodoh!” - Balu dalam idah mengamuk dituduh menggatal cari pengganti, keluar kerja pun dipandang serong

Ibu tunggal yang gigih mencari rezeki demi menyara anak-anak wajar diberikan sokongan, bukannya dipandang serong. -Gambar hiasan AI

KEHILANGAN teman hidup adalah satu ujian yang cukup berat, namun lebih memilukan adalah apabila segelintir masyarakat masih kurang memahami fasa sukar ini sehingga tergamak melemparkan kata-kata sinis tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Lebih menyedihkan, ketika seorang balu sedang berusaha meneruskan kehidupan demi kelangsungan anak-anak, masih ada yang mempersoalkan tindakannya mencari rezeki sewaktu sedang menjalani tempoh idah.

Demikian luahan seorang wanita yang terkilan selepas disindir seorang kenalan ketika menerima kunjungan di rumahnya selepas pemergian suami.

Menurut wanita itu, ketika individu berkenaan datang melawat, dia sedang bersiap untuk keluar berniaga bagi mencari rezeki demi sesuap nasi untuk anak-anaknya.

Sokongan dan bantuan wajar diberikan kepada balu dalam menempuhi fasa sukar selepas kematian suami. -Gambar hiasan AI

"Sedih dengar kata-kata orang yang melawat selepas kematian arwah suami. 

"Dia datang rumah, saya nak keluar berniaga. Dia tanya... pergi niaga juga ke dalam idah? Saya jawab, ya," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Namun apa yang lebih mengecewakan apabila kenalan itu didakwa terus mengeluarkan kata-kata yang dianggap tidak sensitif.

"Dia kata... pergi berniaga atau pergi cari suami baru dah?" kongsinya mengimbas kembali kata-kata biadab tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Balu menangis gagal keluarkan wang KWSP suami... tunjuk surat nikah, sijil mati pun tak laku - “Senang cerita, masa hidup buat perancangan siap-siap”

ARTIKEL BERKAITAN: Balu merayu minta kurangkan upah urus jenazah suami... Ustaz terkedu dapat tahu ejen caj waris harga cekik darah, tak takut azab Allah

Tidak mampu lagi menahan rasa sabar dan geram dengan mulut 'laser' tetamu itu, wanita berkenaan akhirnya bersuara memberikan jawapan yang cukup padu.

"Saya pun jawab... cakap elok-elok sikit. Kalau aku tak keluar berniaga, siapa nak bagi duit? Siapa nak jaga makan minum anak, sekolah anak lagi? Hangpa ke nak bagi?

"Terus diam. Dia cuma jawab bergurau je. Ini bergurau bodoh namanya," luah wanita itu.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya menyifatkan gurauan sedemikian tidak wajar, lebih-lebih lagi terhadap seorang balu yang sedang berdepan fasa sukar selepas kehilangan suami.

  • Seorang wanita terkilan selepas diperli kenalan ketika masih dalam tempoh idah selepas kematian suaminya.
  • Wanita itu keluar berniaga bagi mencari rezeki untuk menyara anak-anak dan keluarganya.
  • Kenalan terbabit melontarkan pertanyaan seolah-olah dia keluar mencari suami baharu, sekali gus menyinggung perasaannya.
  • Wanita itu menegaskan dia terpaksa bekerja demi menanggung perbelanjaan dan keperluan anak-anak.
  • Netizen menyifatkan kata-kata sedemikian tidak wajar, lebih-lebih lagi terhadap seorang balu yang sedang berdepan fasa sukar.

Malah ramai berpandangan bahawa mencari rezeki bagi memenuhi keperluan keluarga bukan sesuatu yang patut dipersoalkan, sebaliknya wanita berkenaan wajar diberi sokongan dan kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

Memetik laman portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), wanita yang sedang dalam idah kerana kematian suami tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. 

Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan dan membeli barang-barang keperluan asasi sekirang mendesak, dengan syarat, mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam.

Artikel Lain