suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Rasa berdosa pula makan dekat sini” - Individu kena jeling pelanggan kafe ‘terpaling kerja’, terganggu bunyi sudu garfu

Segelintir individu gemar melakukan tugasan atau kerja di kafe kerana suasana yang santai selain mahu mendapatkan sambungan internet. -Gambar hiasan AI

RESTORAN atau kafe bukan sahaja menjadi tempat menikmati hidangan, malah bagi sesetengah individu ia turut menjadi ruang untuk berehat, mencari ketenangan atau bersantai bersama orang tersayang.

Namun, situasi berbeza dilalui seorang individu apabila kunjungannya ke sebuah cawangan kedai kopi popular bertukar menjadi pengalaman kurang menyenangkan gara-gara reaksi pelanggan lain ketika dia sedang menjamah hidangan. 

Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan berkata, ketika itu kebanyakan meja di kafe berkenaan dipenuhi pelanggan yang membawa komputer riba untuk bekerja, manakala hanya dia yang menikmati hidangan.

"Rasa berdosa pula makan dekat ***** sekarang ini sebab daripada tujuh meja yang ada orang, meja aku je makan. Yang lain bawa laptop buat kerja, beli air satu orang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila dengar tu sumpah puas!” - Ada pelajar tak tahu common sense, bawa selimut berkampung di McD, harap suasana study macam library!

ARTIKEL BERKAITAN: Syok ‘berkampung’ di McD, siapa bising kena jeling! Pelanggan bengang geng pelajar study di restoran tapi mahu suasana sepi

"Bunyi kita makan, sudu tersentuh pinggan pun kena jeling," luahnya.

Tambahnya, kafe berkenaan sememangnya menjadi lokasi kegemarannya menikmati hidangan atau me time, selain mempunyai nilai sentimental buat dirinya.

Namun, dia terkilan apabila ada segelintir individu dilihat terlalu selesa menganggap kafe berkenaan sebagai ruang kerja peribadi, hingga kehadiran pelanggan lain untuk makan seolah-olah mengganggu mereka.

Kafe merupakan ruang awam dan setiap pelanggan perlu saling menghormati antara satu sama lain. -Gambar hiasan AI

"Entahlah, frust sebab ***** tempat aku selalu makan dari dulu zaman putus cinta.

"Makanan di situ semuanya menjadi pengubat hati selepas putus cinta.

"Sekarang kena jeling pula, tak boleh nak nikmati makanan. Stres weh," katanya lagi.

  • Seorang individu kecewa selepas didakwa dijeling ketika menikmati makanan di sebuah kafe popular.
  • Dia berkata pelanggan lain yang bekerja menggunakan laptop terganggu dengan bunyi sudu dan pinggan ketika dia makan.
  • Kafe itu mempunyai nilai sentimental kerana sering dikunjunginya sejak dahulu.
  • Dia terkilan apabila ada yang menganggap kafe seperti ruang kerja peribadi.
  • Warga maya berpendapat setiap pelanggan perlu saling menghormati di ruang awam.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya namun rata-ratanya berpandangan setiap ruang awam mempunyai fungsi berbeza dan pelanggan perlu saling menghormati, sama ada datang untuk makan, bekerja atau sekadar meluangkan masa.

"Awak makan je. Itu kafe bukan library. Kalau saya jadi awak, lagi kuat bunyi sudu tu berlaga dengan pinggan saya buat. 

"Jeling balik. Ini kafe. Dialah yang kena hadap sendiri bunyi cutleries

"Menyampah dengan orang yang bawa laptop, terpaling kerja. Buat kerja dekat rumah atau pejabat lah. Sejak bila restaurant jadi tempat orang macam lni," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain