suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak balik rumah berhari-hari, kerap ponteng sekolah... Remaja Tingkatan 3 beri alasan nak hidup bebas - “Ada otak tapi akal tiada”

Mendidik anak remaja pada ketika ini sememangnya tidak mudah buat ibu bapa. -Gambar hiasan AI

CABARAN membesarkan anak remaja ketika ini bukan lagi tertumpu kepada soal keperluan semata-mata, sebaliknya turut melibatkan emosi.

Bagi sesetengah ibu bapa, fasa ini menjadi ujian paling mencabar apabila anak mula berubah sikap sehingga sukar dikawal meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk membimbing mereka.

Begitulah luahan seorang wanita yang mengakui sudah buntu memikirkan sikap anak perempuan tunggalnya yang didakwa semakin liar dan sering mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar.

"Aku buntu dah dengan masalah anak aku yang kedua, satu-satunya anak perempuan. Dia terlalu liar dan tak terkawal.

"Aku dengan suami dah tak tahu macam mana nak buat... dia baru Tingkatan 3," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 14 tahun mula hidup liar, bebas ‘diangkut’ lelaki... Jiran sedih ibu bapa langsung tak kisah! - “Budak tu datang rumah kami menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya doakan dia mati” - Ibu rela kehilangan zuriat, tak sanggup tengok anak gadis 14 tahun hidup liar tanpa pedoman!

Lebih membimbangkan, wanita itu berkata anaknya sudah berani bermalam di luar sehingga berhari-hari tidak pulang ke rumah tanpa memberitahu keberadaannya, sekali gus membuatkan dia dan suami bimbang.

"Pagi tadi pukul 2 pagi sampai rumah setelah tiga malam berturut-turut tak balik. Minggu lepas tak balik juga dua hari," katanya.

Wanita itu bagaimanapun menegaskan dia dan suami bukan ibu bapa yang terlalu mengongkong, sebaliknya memberi kebebasan kepada anak mereka.

Namun, katanya, kebebasan tersebut disalahgunakan apabila anaknya sering keluar melepak sebaik sahaja tamat waktu persekolahan dan hanya pulang pada waktu malam.

Anak perlu dibentuk dan dididik sesuai dengan peringkat usianya. -Gambar hiasan AI

Selain masalah disiplin di sekolah, wanita itu turut mendakwa anaknya malas membantu melakukan kerja rumah sebaliknya lebih gemar menghabiskan masa dengan bersolek.

"Di rumah bukan aku tak ajar... ajar. Tapi memang betul-betul pemalas. Basuh baju kena suruh. Cuci pinggan kena suruh. Lepas tu hobinya make-up. Pergi sekolah pula dah banyak ponteng," katanya lagi.

Menurut wanita itu, dia pernah cuba berbincang dengan anaknya bagi mengetahui punca perubahan sikap tersebut.

Bagaimanapun, jawapan yang diterima cukup mengecewakannya apabila remaja itu menyatakan hasrat untuk hidup berdikari tanpa kongkongan keluarga. 

  • Seorang ibu buntu kerana anak perempuan tunggalnya bersikap liar dan sukar dikawal.
  • Anak perempuannya Tingkatan 3 dan didakwa selalu ponteng sekolah, malah berani tidak pulang ke rumah berhari-hari.
  • Dia dan suami bukan ibu bapa yang suka mengongkong namun sikap remaja itu dianggap keterlaluan.
  • Dia sedang pertimbangkan beberapa pilihan termasuk menukar sekolah atau menghantar ke rumah anak yatim.
  • Netizen turut simpati dan beri beberapa cadangan kepada permasalahannya.

"Dia cakap dia nak hidup sendiri. Aku dalam hati merasakan anak aku ni ada otak tapi akal tak ada," luahnya.

Disebabkan sudah kehabisan ikhtiar, wanita itu berkata dia dan suami kini sedang mempertimbangkan beberapa pilihan, termasuk menukar sekolah anak mereka atau menghantarnya tinggal jauh daripada keluarga.

"Nak hantar pondok, aku risau dikata nanti letak anak bermasalah. Aku ingat nak letak dia dekat rumah anak yatim je, biarkan dia sedar diri," luahnya.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan simpati terhadap wanita berkenaan dan dalam masa yang sama mendoakan agar dia dan suami tidak berputus asa untuk terus mendidik anak perempuan mereka.

"Untuk umur dia, kekerasan bukan penyelesaian. Jangan berhenti nasihat dia kak.

"Hentikan segala kemudahan yang akak bagi dekat dia. Nampak kejam, tapi kadang-kadang cara ni menjadi," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain