TIDAK dinafikan ada segelintir orang yang mudah terpengaruh dengan apa dipaparkan di media sosial.Malah ada menjadikan medium itu sebagai paksi dalam membuat perbandingan sehingga timbul rasa tidak berpuas hati dengan kehidupan orang lain. Seperti diceritakan lelaki ini, dia terkejut apabila seorang pengikut wanita di laman sosialnya meluahkan rasa kecewa terhadap perkahwinan sendiri selepas melihat perkongsiannya bercuti di luar negara.Terkejut dengan luahan tersebut, dia turut menyuarakan rasa takut dengan mentaliti sesetengah kaum wanita masa kini.Segelintir individu gemar menghabiskan aktiviti bersama keluarga. -Gambar hiasan AI"Saya post story di Instagram masa melancong di Iceland. Tiba-tiba ada seorang tak dikenali meninggalkan komen."Saya tak nak judge akak ini tapi perlu ke dia cakap macam ini sebagai isteri dan ibu?"Hidup jangan berpaksikan media sosial semata-mata," kongsinya.Menurusi tangkap layar yang dikongsikan, wanita berkenaan menyatakan setiap tahun dia akan melancong sebelum mendirikan rumah tangga. Lelaki menerima mesej wanita tidak dikenali selepas berkongsi percutiannya di Iceland menerusi Instagram.Wanita itu mengaku menyesal berkahwin dengan suami tidak berduit kerana tidak lagi dapat melancong seperti zaman bujang.Dia turut meluahkan rasa cemburu dan menyatakan lebih rela tidak berkahwin sekiranya boleh mengubah keadaan.Lelaki berkenaan menegurnya supaya mendoakan rezeki suami serta tidak menjadikan media sosial sebagai paksi kehidupan.Warga maya mengingatkan bahawa membandingkan kehidupan dengan orang lain boleh membuatkan seseorang lupa nikmat yang dimiliki.Ringkasan ini dijana oleh AIBagaimanapun keadaan berubah selepas berkahwin dan mempunyai sehingga dia sering membandingkan kehidupannya ketika ini dan sebelum berkahwin."Kadang-kadang terdetik menyesal kahwin dengan suami tak berduit. Entahlah, maaf meluahkan kepada orang tak dikenali."Kalau boleh tukar, rela tak kahwin dan travel sahaja. Suami asyik cakap sabar tapi yang tanggung saya," luahnya.Sebagai respons, pemilik hantaran menegur luahan tersebut sambil menasihatinya agar mendoakan suaminya dimurahkan rezeki.ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa hidup wanita terlalu senang dan hanya tahu ‘goyang kaki’, lelaki ini dikecam teruk kaum hawa... Cemburu tak kena tempat!ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa mak ayah aku tak bagi?” - Gadis cemburu tengok kawan dapat kereta dan tanah lot, tak perlu kerja keras untuk hidup mewah"Allah, saya tak kenal awak tetapi dosa cakap macam itu. Doalah suami awak dimurahkan rezeki," balasnya.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya turut meluahkan kebimbangan apabila media sosial dijadikan 'panduan' hidup."Inilah bahaya media sosial, kita akan mula bandingkan kehidupan dengan orang lain padahal banyak lagi nikmat diterima."Ini nampak gaya macam tengah nak cuba-cuba, kalau dilayan mungkin makin jauh ke tengah perginya. Kalau saya akan sekat terus," demikian reaksi netizen.