suria

Individu kurang senang tengok warga asing banjiri Klinik Kesihatan, bimbang kadar kelahiran bukan warganegara meningkat

Warga asing turut mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan kerajaan. -Gambar hiasan AI

BIASA kita dengar sesetengah ibu bapa disindir kerana mempunyai bilangan anak yang ramai. 

Namun dalam masa yang sama, situasi di klinik kesihatan (KK) memperlihatkan fenomena berbeza apabila ramai warga asing dilihat hadir membuat pemeriksaan kehamilan serta rawatan bayi.

Seorang wanita berkongsi pengalaman ketika dia berada di sebuah KK dan mempertikaikan kemudahan fasiliti untuk rakyat yang kini dilihat didominasi warga asing.

Lambakan warga asing di Malaysia merimaskan rakyat tempatan. -Gambar hiasan AILambakan warga asing di Malaysia merimaskan rakyat tempatan. -Gambar hiasan AI

"Selalu kita ditegur... dah tahu miskin, kenapa tambah anak lagi? Tapi apabila berada di KK, saya lihat betapa ramai warga Rohingya, Myanmar mahupun Indonesia datang checkup kandungan dan bayi.

"Kita nak populasi mereka bertambah di sini atau populasi orang tempatan yang bertambah?," soalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa anak sakit pergi klinik, doktor 'marah' rakan sejawat buat kerja cincai! Caj beratus, jumpa tak sampai seminit

ARTIKEL BERKAITAN: “Mata jangan sampai naik putih!” - Ibu hamil datang KK buka buku ‘pink’ kali ketiga dimalukan jururawat, gurau lucah tak bertempat

Katanya, Malaysia memiliki banyak fasiliti kesihatan yang baik, namun bimbang apabila kadar kelahiran rakyat tempatan semakin menurun hingga kemudahan itu akhirnya lebih banyak dinikmati oleh warga asing.

“Warga asing ini bekerja di sini, tapi duit mereka hantar ke negara asal. Akhirnya, semua kemudahan di sini mereka yang guna,” katanya.

Tambah pengadu, terdapat juga kes warga asing yang tidak mampu menanggung kos membesarkan anak hingga sanggup meninggalkan bayi di hospital, menyebabkan urusan pendaftaran menjadi rumit kerana ketiadaan dokumen lengkap.

  • Wanita persoal ramai warga asing buat pemeriksaan di klinik kesihatan.
  • Katanya, rakyat tempatan sering disindir bila ada anak ramai.
  • Bimbang kemudahan awam lebih banyak dinikmati warga asing.
  • Ada kes warga asing tinggalkan bayi di hospital tanpa dokumen.
  • Netizen gesa kerajaan hadkan akses kelahiran untuk warga asing.

Perkongsian itu mencetuskan perbincangan warganet yang berharap kerajaan mengambil langkah sewajarnya dalam membendung kelahiran bayi dalam kalangan warga asing.

"Jangan bagi beranak di hospital kerajaan sebab mereka tak bayar. Ada duit baru bagi masuk, dah kerap bagi muka sampai makin membiak-biak.

Reaksi wargnet.Reaksi wargnet.

"Mereka membiak bagai tiada hari esok. Perut dah besar tapi kendong baby  lagi datang checkup," katanya.

Sementara itu untuk makluman bersama, menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), warga asing yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan perlu membayar caj tertentu berdasarkan jenis rawatan dan kelas wad dipilih.

Caj ini berbeza secara signifikan berbanding warganegara, dan bergantung kepada status visa serta kehadiran insurans kesihatan.

Artikel Lain