SEORANG wanita berkongsi pengalaman berdepan dengan permintaan tidak masuk akal daripada kenalan lamanya dari Indonesia.
Menurut wanita berkenaan, pemuda yang juga bekas rakan sekerjanya itu berhasrat ingin mengikutnya pulang ke Malaysia dengan niat untuk mencari pekerjaan.
Dalam usaha merealisasikan impiannya, pemuda itu meminta agar rakannya berbohong kepada imigresen dengan menyatakan alasan dia hanya datang untuk bercuti, sedangkan tujuan sebenar adalah untuk bekerja secara tidak sah.
Rakyat Malaysia perlu berhati-hati apabila berkawan dengan warga asing. -Gambar hiasan AI
"Aku baru balik dari Jakarta. Ada kawan dekat sana yang nak ikut aku balik Kuala Lumpur (KL). Dia suruh aku tipu dekat imigresen yang aku akan bawa dia jalan-jalan.
"Walhal dia nak masuk sini sebab nak cari kerja. Aku 'palau' dia, balik KL aku 'up' status WhatsApp yang aku dah sampai. Dia 'up' status juga, tapi tak puas hati dengan aku sebab tak tolong dia," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ditahan di airport Bali sebab dituduh ‘overstay’! Pemuda lega bukti diterima imigresen, tegaskan cop pasport penting
ARTIKEL BERKAITAN: 5 persediaan sebelum travel ke Indonesia... Elak 'sangkut' di imigresen, muat turun aplikasi mudahkan perjalanan
Wanita itu menjelaskan mereka sudah berkawan sejak 2018 ketika sama-sama bekerja di Shah Alam, namun dia tidak menyangka rakannya sanggup memintanya menipu pihak berkuasa.
- Wanita kongsi pengalaman, rakan lama dari Indonesia mahu ikut pulang untuk cari kerja di Malaysia.
- Rakan minta dia menipu imigresen dengan beri alasan datang bercuti.
- Wanita itu menolak tegas kerana tidak mahu terlibat perkara menyalahi undang-undang.
- Hubungan mereka renggang selepas wanita itu enggan membantu.
- Netizen memuji ketegasannya dan menyifatkan tindakannya sebagai langkah bijak serta patriotik.
"Kawan memang kawan tapi aku takkan bantu perkara yang boleh menyusahkan aku. Kalau nanti dia buat hal, imigresen cari aku pula.
"Tak faham betul suruh aku bercakap dengan imigresen bagai, kalau nak datang bercuti datang je tapi ni niat lain,” katanya.
Reaksi warga maya.
Perkongsian itu mengundang rasa kagum dan bangga dalam kalangan netizen yang berpandangan wanita itu tidak mementingkan persahabatan dengan menjadi pengkhianat negara.
"Jangan buat hal nak bantu sebab kesian kerana setiap negara ada undang-udang. Anda bertindak bijak daripada menjadi pengkhianat negara.
"Jangan sesekali percaya kat orang Indonesia ni, bila dah dapat masuk Malaysia mereka tak nak balik-balik dah.
"Awak dah buat benda yang betul, jangan menyusahkan diri di masa depan," antara komen netizen.


