APABILA menziarahi kematian, tetamu sepatutnya hadir memberikan sokongan emosi kepada keluarga si mati.
Namun lain pula kisahnya dengan sebuah keluarga ini apabila ada kenalan mereka yang tanpa rasa segan silu meminta barangan peninggalan si mati.
Menerusi perkongsian seorang wanita di laman sosial, dia meluahkan rasa geram dan kecewa terhadap sikap beberapa individu yang dianggap tiada common sense dan tidak menghormati perasaan keluarganya yang baharu kehilangan nenek.
Tetamu seharusnya menghormati keluarga si mati yang baharu menghadapi 'kehilangan'. -Gambar hiasan
"Boleh tak fahami situasi? Orang tengah bersedih, kubur pun basah lagi.
"Jenazah baru je lepas kambus, tapi orang datang minta lampin pakai buang, katil dan peralatan lain.
"Tak faham situasi atau anda memang saja buat tak faham?" luahnya dalam perkongsian tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Mak tak ikut faraid, guna wasiat mulut bolot harta arwah bapa... Paling sedih sibuk kira duit sedekah sebelum jasad dikebumi!
ARTIKEL BERKAITAN: Arwah ayah tak jujur, rahsia poligami hanya terbongkar lepas meninggal… Paling sakit hati ibu tiri bolot rumah, harta pusaka
Ujar wanita tersebut, pada keluarganya memang berniat mahu bersedekah dan mewakafkan barang-barang milik arwah, tetapi tindakan segelintir individu yang terlalu terburu-buru membuatkan mereka hilang rasa ikhlas.
"Daripada memang niat nak sedekah, jatuh jadi kedekut pula sebab merasakan anda melampau. Kami tahulah bila nak bagi, nak sedekah barang arwah.
"Tapi orang macam ni, belum apa-apa dah datang meminta. Daripada nak bagi terus jadi malas layan. Rasa nak simpan je semua biar mereput," luahnya.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila kenalan keluarganya meminta barang peninggalan arwah nenek sebaik sahaja jenazah dikebumikan.
Dia anggap tindakan itu tidak sensitif dan tiada common sense, kerana keluarga masih bersedih.
Wanita itu berkata keluarganya memang berniat untuk bersedekah namun terbantut dek sikap tamak mereka.
Malah ada juga yang bertanya pasal kenduri pada hari yang sama arwah dikebumikan.
Netizen menganggap perbuatan itu biadab serta tidak menghormati keluarga yang baru kehilangan insan tersayang.
Selain meminta barangan peribadi, ujarnya ada juga dalam kalangan tetamu bertanya soalan menjengkelkan sama ada keluarganya akan mengadakan kenduri pada hari yang sama arwah neneknya dikebumikan.
"Dia ingat kita tengah nak buat pesta agaknya!" tulisnya geram.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya memahami perasaan wanita berkenaan dan menganggap tindakan kenalan keluarganya sangat biadab dan tidak sensitif terhadap emosi orang lain.
Sebahagian daripada komen netizen.
"Sumpah bodoh manusia-manusia macam tu... tak ada adab.
"Pernah dulu, baru balik dari kubur, ada tetamu datang terus pasang suis televisyen. Kita tuan rumah yang baru kehilangan ni rasa nak maki.
"Ada kes baru je kebumi, dah tanya emas dan handphone arwah," demikian antara komen netizen.


