suria

Pasangan mabuk bercinta jalan beriringan di taman, marah ibu tolak stroller minta laluan - "Aku dah panggil kau tiga kali"

Sikap bertimbang rasa perlu ada walau di mana kita berada. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita terkilan selepas tidak diberikan laluan oleh satu pasangan ketika sedang menolak 'stroller' anaknya di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Menurut wanita itu, insiden berlaku apabila pasangan dipercayai kekasih itu berjalan beriringan di laluan sempit hingga menyukarkannya untuk melintas.

Katanya, dia ada meminta laluan kepada pasangan berkenaan tetapi mereka tidak mengendahkan permintaannya.

Isu pengunaan lif oleh golongan muda sering menjadi pendebatan. -Gambar hiasan AIPenggunaan lif juga perlu diberi keutamaan kepada individu sepatutnya. -Gambar hiasan AI

"Tiga kali aku cakap tumpang lalu dik, tepi dik. Sampai aku tinggikan suara dik tepi la dik!

"Bila dah tinggi suara, kedua-dua terus pusing tengok aku," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baju pun tak cukup kain!” - Dua wanita sempurna sifat ditegur melulu masuk lif, tak hormat hak ibu bapa bawa ’stroller’

ARTIKEL BERKAITAN: Letih asyik kena ‘berperang’ setiap kali masuk lif? Ini 5 tip buat ibu bapa bawa ‘stroller’ bayi di pusat beli-belah

Dia mendakwa, kedua-dua mereka tidak berpuas hati selepas ditegur dan mula menyindirnya dengan perkataan yang agak kasar.

"Perempuan tu boleh cakap, tak boleh cakap baik-baik ke? Aku jawab, aku dah panggil kau tiga kali.

"Dia boleh kata 'tak dengar', lelaki dia pun sama naik tempik aku. Siap panggil aku batak. Aku maki balik sedas. Terus dua-dua diam," katanya.

Wanita tersebut menegaskan bahawa laluan awam perlu digunakan dengan beradab, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pengguna yang membawa stroller.

  • Wanita tidak diberi laluan oleh pasangan kekasih ketika menolak stroller di Titiwangsa.
  • Sudah minta laluan tiga kali tetapi diabaikan.
  • Pasangan itu kemudian bersikap kasar dan menyindir.
  • Wanita menegur pentingnya peka di laluan awam.
  • Netizen kecam sikap pasangan muda yang menyusahkan orang ramai.

“Kalau nak berjalan berdua pun, tolong peka. Ramai orang terpaksa turun ke tepi jalan sebab nak elak orang macam ni. 

"Tebing tu tinggi, mana mungkin saya nak turun dengan stroller semata-mata nak beri laluan,” katanya.

Dia turut menegur lelaki berkenaan yang disifatkan tidak bertimbang rasa.

“Kalau nanti isteri kau bawa stroller dan orang lain tak bagi jalan, ingat muka aku semalam. Kifarah itu ada. Kau patut minta maaf, bukannya menempik,” ujarnya.

Sementara itu, netizen beranggapan sikap golongan muda terutama yang sedang mabuk bercinta sememangnya menyusahkan orang sekeliling.

"Dalam pasar raya pun sama. Naik eskalator berkepit sampai penuh tangga. Langsung tak bagi ruang pada yang nak menapak memotong.

"Pasar malam pun sama. Nak pegang tangan, nak borak tengah jalan juga yang kau pilih," antara komen netizen.

 

Artikel Lain