suria

Wanita hina jiran tak ada zuriat, bengang disuruh bayar ganti rugi cermin pecah... Dicop 'tak mampu' terus naik angin

Ibu bapa perlu bertimbang rasa dan bertanggungjawab atas kerosakan yang dilakukan anaknya. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila pertanyaannya mengenai ganti rugi kerosakan dibalas dengan herdikan oleh jiran.

Berkongsi cerita, ujar wanita ini, dia berhasrat mendapatkan ganti rugi mengenai cermin tingkap rumahnya yang rosak disebabkan perbuatan anak jiran.

Namun malangnya, pertanyaan yang diberikan dijawab dengan kata-kata kasar dan herdikan.

Tangkap layar perbualan yang dikongsikannya.

Tangkap layar perbualan yang dikongsikannya.

"Aku minta ganti rugi cara elok bukannya aku pergi maki dia, kan aku cakap kalau boleh saya nak minta ganti rugi.

"Aku cakap kalau boleh, kalau tak boleh tak payahlah cakap banyak," luahnya di Thread.

Malah berdasarkan tangkap layar perbualan yang dikongsikan, jiran pada awalnya enggan mengendahkan aduan mengenai tingkap yang pecah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya benci kerja ni!” - Cikgu tertekan hadap perangai murid kurang ajar, rasa nak MC tak sanggup masuk kelas

ARTIKEL BERKAITAN: Budak nakal cakar kasut sampai jahanam! Mak ayah leka ‘shopping’ raya, tak sedar anak buat onar

Lebih mengejutkan apabila jirannya hanya mempersoalkan aduan tersebut dalam dialek utara dengan menyatakan oh pastu awat? (oh, lepas tu kenapa?)

Namun selepas wanita ini menyatakan tentang ganti rugi, jirannya menyatakan kerosakan yang berlaku tidak seberapa nilainya dan mengaitkannya dengan sikap nakal kanak-kanak adalah lumrah.

"Alah kau ni, cermin je pun... takkan itu pun nak kena ganti, bukan mahal pun.

  • Wanita kecewa minta ganti rugi cermin pecah, jiran balas dengan herdikan.
  • Jiran pada awalnya buat tak endah dan persoal rungutannya.
  • Bila disebut ganti rugi, jiran anggap cermin murah & tak perlu dibayar.
  • Pertikaian makin panas apabila jiran hina wanita itu termasuk isu belum ada anak.
  • Netizen simpati dan sarankan buat laporan polis sebagai pengajaran.

"Biasalah budak kuat main, takkan dengan budak pun kau nak minta ganti," demikian jawapan yang diberikan jirannya.

Tambah pengadu, selepas dia memaafkan kesalahan yang dilakukan budak berusia 11 tahun itu dan faham kemungkinan adanya masalah kewangan, jirannya tiba-tiba naik angin dan mula mengeluarkan kata-kata kesat.

"Hang (kamu) ingat aku miskin tak mampu bayar bar*a?

"Memanglah aku mampu tapi masalahnya sekarang, anak aku tu budak lagi... biar je la, macamlah kau tak pernah buat salah," tambah jirannya lagi.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Malah jirannya turut menghinanya kerana tidak mempunyai zuriat walaupun selepas setahun mendirikan rumah tangga.

"Kalau kau tak tahu pasal anak, kau diam je bar*a, patutlah dah setahun kahwin tapi kau masih tak dapat anak.

"Rupanya kau tak tahu pasal budak," herdik jirannya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan ramai meluahkan rasa simpati terhadap nasibnya.

Tidak kurang juga yang meminta dia membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku supaya menjadi pengajaran kepada jirannya sekeluarga.

Artikel Lain