suria

“Anak mak ni pencuri!” - Suami mengamuk isteri ‘ambil’ RM50 dari akaun, siap telefon mentua mengadu

Isu kewangan menjadi antara punca pergaduhan suami isteri. -Gambar hiasan AI

HANYA kerana memindahkan wang sebanyak RM50 secara diam-diam dari akaun suami, wanita ini digelar pencuri oleh lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung dirinya.

Menerusi satu luahan menyentuh hati di laman Threads, wanita yang tidak mendedahkan identiti itu berkata, ketika itu dia terdesak kerana tidak mempunyai wang bagi mengisi minyak kereta dan membeli makanan. 

"Ceritanya aku tak ada duit sebab lagi beberapa hari nak gaji, aku minta nak pinjam RM50, dia tak bagi, aku merayu sebab tak ada duit nak isi minyak dan makan... dia kata makan je apa ada. Minyak tu pandai-pandai la korek duit mana-mana.

Berkomunikasi secara matang dapat mencari solusi kepada masalah rumah tangga. -Gambar hiasan

"Aku memang terdesak masa tu, nak pinjam kawan-kawan memang segan. Dah kahwin kan. Dia buat bodoh dan tidur. Jadi aku decide untuk masuk akaun bank dia dan transfer RM50.

"Tapi atas nama Allah memang niat transfer balik lagi tiga hari bila gaji. Aku ingat dia tak perasan. Bangun-bangun dia check phone dan mengamuk," kongsinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Moga Tuhan sempitkan rezeki” - Ramai geram sikap suami kedekut... Duit belanja dapur hanya RM300, ibu sendiri dapat sampai empat angka!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami 'mogok' isteri ungkit bab duit! Enggan makan di rumah, minta izin sebelum goreng telur - "Nanti abang ganti balik"

Tidak sekadar dicop pencuri, suami turut menelefon ibunya untuk melampiaskan rasa marah.

"Dia panggil aku pencuri! Dia maki hamun aku, dia call mak aku, dia kata, Mak, anak mak ni pencuri! Tolong ajar anak mak ni!

"Hati aku terluka sangat. Hancur, sebab aku tak berkira dengan dia," tulisnya.

  • Seorang wanita sedih digelar pencuri oleh suami selepas memindahkan RM50 secara diam-diam.

  • Dia terdesak untuk mengisi minyak kereta dan membeli makanan kerana belum gaji.

  • Suaminya mengamuk selepas menyedari transaksi tersebut dan turut menghubungi ibu mentua untuk memalukannya.

  • Ia bukan kejadian pahit pertama, sebaliknya wanita itu turut mendakwa pernah dipukul.

  • Ramai netizen menasihatkannya meninggalkan hubungan toksik dan mengutamakan keselamatan diri serta anak.

Lebih menyedihkan, kejadian tersebut bukanlah satu-satunya insiden pahit yang pernah dilaluinya.

"Banyak benda aku diamkan dan masih bertahan... aku pernah kena pukul. Tapi aku tak pernah buat laporan sebab aku fikir dia akan berubah. Bodoh kan?

"Masa tu tak ada anak lagi. Sekarang dah ada anak, anak aku pun sama benci dia... tapi aku suruh anak aku hormat," akhirinya.

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Perkongsiannya mengundang simpati warga maya, namun rata-ratanya menyalahkan wanita berkenaan kerana masih bertahan dalam perkahwinan yang toksik. 

"Maaf tanya, dia bagus sangat atas katil ke sampai tahap macam ni pun awak boleh stay lagi?

"Cerita dekat sini tak selesai masalah sis. Baik pergi mahkamah.

"Sayangi diri sendiri dulu dik... fikir anak-anak," demikian antara komen netizen. 

 

Artikel Lain