suria

Wanita pertikai 'kuasa' jururawat KK, PAC... Dakwa ramai suka hati tengking, malukan ibu hamil sampai ada yang menangis

Wanita hamil mempunyai emosi yang tidak stabil sepanjang tempoh kehamilan. -Gambar hiasan AI

KEADAAN kesihatan yang terbatas membuatkan segelintir individu yang lemah memerlukan sokongan apabila bersendirian di tempat awam seperti hospital dan klinik.

Namun malangnya, terdapat dakwaan beberapa kes pesakit dilayan kasar oleh petugas kesihatan termasuklah wanita hamil.

Mendakwa menyaksikan situasi sedemikian, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap kurang sensitif segelintir jururawat di klinik kesihatan (KK) dan Pusat Kemasukan Pesakit Obstetrik dan Ginekologi (PAC).

Jururawat perlu bersikap profesional. -Gambar hiasan

Jururawat perlu bersikap profesional. -Gambar hiasan 

"Kenapa jururawat di KK dan PAC ni rasa dia ada hak untuk tengking-tengking ibu hamil ya?

"Adakah sebab yang mengandung tu perempuan? Kalau lelaki mesti layanannya berbeza sikit," luahnya di Thread.

Dakwa wanita ini lagi, terdapat individu hamil yang ditengking di hadapan pesakit lain sehingga menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Nurse' panas hati tengok bapa urus 'check-up' bayi di klinik... Sambil buat kerja, mulut sindir si isteri - "Oh dia buli suami"

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat KK mulut lancang, sindir bapa bawa bayi 8 bulan buat pemeriksaan kesihatan - “Dik, mak awak dah tak sayang awak”

Mengakui bersimpati dengan situasi yang berlaku, dia turut menyatakan wanita yang sedang hamil kebiasaannya memiliki emosi yang kurang stabil dan mudah terguris.

"Kesian tengok ibu hamil kena tengking depan pesakit lain, mengalir air mata dia.

  • Jururawat KK dan PAC didakwa tengking ibu hamil.
  • Wanita persoal layanan kasar dan 'bias gender'.
  • Ramai ibu hamil menangis, emosi rapuh.
  • Netizen kongsi pengalaman sama, rasa dihina.
  • Layanan kasar dikatakan menjatuhkan maruah pesakit.

"Dah la mereka memang dalam fasa 'fragile'," tambahnya bersimpati.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dan ada yang mengaku pernah berdepan situasi sama di premis kesihatan.

Warga maya turut berkongsi pengalaman sama.

Warga maya turut berkongsi pengalaman sama.

"Saya yang menangis tu, kitanya 'first mom' dan tak tahu apa-apa... tiba-tiba kena marah, benci!

"Jururawat yang buat macam ni tak rasa takut ke? Sehari berapa ramai perempuan mengandung dia tengking dan malukan. Berapa ramai yang sakit hati.

"Tak pernah kena tengking tapi ayat-ayat dia semua makan dalam, macam menghina pun ada," demikian antara luahan netizen.

Artikel Lain