suria

Wanita resah ibu mentua suap anak umur setahun minum air isotonik, konon boleh sejukkan badan… Suami pun ikut tanpa fikir panjang!

Lumrah seorang nenek akan menyayangi cucu melebihi anak. -Gambar hiasan AI

SECARA lazimnya, orang-orang tua sering berkongsi pelbagai petua tradisional untuk penjagaan bayi walaupun tidak semuanya selamat.

Seorang wanita berkongsi pengalaman mengejutkan apabila ibu mentuanya memberikan minuman isotonik kepada anaknya yang berusia setahun.

Alasan yang diberikan ibu mentuannya adalah untuk menyejukkan badan.

Susu adalah minuman yang paling sesuai untuk anak kecil. -Gambar hiasan AISusu adalah minuman yang paling sesuai untuk anak kecil. -Gambar hiasan AI

"Boleh ke bagi baby setahun lebih minum air isotonik? Mak mentua yang bagi kat anak aku minum untuk sejukkan badan katanya.

"Dalam hati dah doa banyak-banyak harap tak jadi apa-apa. Mampu berkata-kata dalam hati je," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Honda tak terbayar, minta X50 pula! Isteri sedih terbaca mesej mentua 'selfish', mana suami nak 'cekau' duit?

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar suaikan diri dengan kesederhanaan mentua, periuk nasi elektrik pun tak ada... Wanita letak syarat setiap kali balik kampung!

Menurut wanita itu, dia bukan tidak mahu menegur mentuannya, namun takut disalah erti hingga boleh mengakibatkan salah faham.

"Nanti kalau melawan, cakap kita menantu terpaling pandai jaga anak pula. 

"Nasib baik, anak hanya minum sedikit kerana dia memang tak suka rasanya," katanya.

  • Seorang bayi setahun lebih diberi minuman isotonik oleh ibu mentuanya untuk menyejukkan badan.
  • Ibu bayi bimbang keselamatan anak kerana kandungan gula tinggi dalam minuman itu.
  • Anak hanya minum sedikit kerana tidak menyukai rasanya.
  • Suami cenderung menyokong ibu bapanya, membuat ibu sukar menegur.
  • Doktor menasihatkan susu masih mencukupi untuk bayi, elak isotonik bagi anak kecil.

Wanita itu menambah, suaminya cenderung menyokong semua tindakan ibu bapanya, menjadikan dia sukar menegur atau menolak sebarang perlakuan yang tidak munasabah.

"Suami jenis kalau mak pak dia buat semuanya betul. Apabila masa kita nak suap aiskrim buat rasa-rasa kat anak pun dia marah," katanya.

Reaksi warga maya terhadap tindakan mentua wanita tersebut.Reaksi warga maya terhadap tindakan mentua wanita tersebut.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai termasuk seorang doktor yang memaklumkan pemberian minuman isotonik kepada bayi adalah sesuatu yang tidak sesuai.

"Tak boleh awak. Isotonik tu banyak gula. Buah pinggang baby kecil lagi. Bagi susu je dah cukup," katanya.

Artikel Lain