BAGI kebanyakan wanita, kesungguhan yang ditunjukkan seorang lelaki dalam perhubungan adalah penting dalam menentukan hala tuju masa depan.
Sekiranya lelaki yang dikenali gagal menunjukkan sebarang usaha untuk memperbaiki diri dan melangkah ke fasa perhubungan lebih serius, ia membuka peluang kepada pemuda lain.
Seorang wanita berkongsi kisah dirinya berkahwin dengan lelaki yang meminatinya dan dalam masa sama menunjukkan usaha dengan melamarnya ketika dia masih bersama bekas kekasih.
Perhubungan boleh terputus di tengah jalan jika tiada persefahaman. -Gambar hiasan
"Dia dah tahu saya ada BF (teman lelaki) tetap nak masuk meminang dan dia siap bagi tempoh kalau dalam masa sebulan BF tak masuk minang, dia akan pinang saya.
"Ia membuatkan saya terfikir dalam tempoh dua tahun setengah bersama BF memang tiada apa-apa progress," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas tunang melenting, tak mengaku hutang 10K... Siap baca doa Al-Jabbar konon diri dianiaya
ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 2 bulan cincin dipulangkan tanda putus, pemuda masih tak 'move on'! Terus desak mak ayah bekas tunang bersemuka
Dia berkata demikian ketika membalas perkongsian seorang wanita yang mempersoalkan tindakan lelaki yang masih cuba mendekati wanita yang sudah mempunyai teman lelaki.
Wanita itu menambah, suaminya menegaskan bahawa lelaki yang betul-betul serius tidak akan membiarkan wanita menunggu terlalu lama tanpa perancangan masa depan.
"Suami kenal saya baru tiga bulan terus nak pinang. Dia kata kalau BF betul-betul nak patut dah pinang, bukan tunggu lama. Jadi best man win," katanya.
- Seorang wanita menekankan kesungguhan lelaki penting untuk menentukan masa depan hubungan yang lebih serius.
- Bekas teman lelakinya gagal menunjukkan komitmen selepas dua setengah tahun mereka berkawan.
- Lelaki baru kenal tiga bulan terus menunjukkan minat untuk meminang dirinya.
- Dia berpisah cara baik dengan bekas kekasih, tetapi tidak lagi berkawan.
- Netizen menyokong wanita memilih lelaki yang serius dan berani mengambil langkah.
Ditanya netizen sama ada bekas kekasihnya boleh menerima situasi itu, dia menjelaskan lelaki berkenaan pada mulanya sukar menerima keputusan tersebut namun akur selepas diberikan penjelasan.
“Saya kata kalau dia betul-betul mahukan saya dari awal, sepatutnya dia datang jumpa ibu bapa saya walaupun jaraknya jauh, utara ke selatan. Sekurang-kurangnya datang sendiri, perkenalkan diri kepada keluarga saya.
"Saya juga pernah tanya, sampai bila nak macam ni dan dia hanya jawab follow the flow. Jadi saya pun ikutlah flow itu," katanya.
Bertunang adalah fasa untuk mengenal hati budi bakal pasangan sebelum berumah tangga. -Gambar hiasan
Perkongsian itu mencetuskan perdebatan antara lelaki dan perempuan dengan golongan jejaka tidak bersetuju dengan tindakan wanita tersebut, manakala kaum Hawa menyokong langkahnya meninggalkan teman lelaki.
"Kesimpulannya kalau perempuan ajak bercinta jangan sesekali terima. Improve diri kau sebagai lelaki dulu.
"Cukup serba serbi terus masuk minang. Make sure cari yang bukan dalam proses pinangan lelaki lain.
"Kalau kau ada anak prempuan, kau nak menantu lelaki yang mana? Nak pilih lelaki yang usung anak kau atau lelaki yang datang jumpa terus mak pak pinang anak kau?" antara komen netizen.


