suria

Masih ada yang sudi! Sering kena ‘reject’ sebab rendah, lelaki ini tak sangka tepati 14 ciri calon suami wanita kenal di Tinder

Gambar kiri: Alia lebih tinggi daripada suami, gambar kanan semasa hari pernikahan pasangan ini pada 15 Mei 2022.

SIAPA sangka hubungan yang bermula menerusi aplikasi Tinder kurang setahun lalu berakhir di jenjang pelamin.

Seorang wanita menjadi perhatian di laman sosial menerusi satu perkongsian kerana memilih pasangan hidup yang jauh lebih rendah daripada ketinggian dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cincin, rantai nikah dah beli lebih setahun... lelaki ini akhirnya beranikan diri sapa jodoh dengan DM 'Bismillah'

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula jumpa di kawat duri, tapi tak berani lama sebab 'takut' polis sound... siapa sangka cinta berpaut kerana COD masakan Siam

Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Alia Diyana Mohamed Hassim berkata, dia dan suami bernikah di Kangar, Perlis pada 15 Mei lalu.

Berkongsi pengalaman, dia yang berusia 28 tahun mula mengenali suaminya di aplikasi Tinder sejak Julai tahun lalu selepas nekad untuk mencari jodoh.

"Masa tu saya baru putus dengan ex dan sedang mencari jodoh. Suatu hari saya terjumpa profil suami di Tinder dengan kapsyen mendedahkan dirinya mempunyai ketinggian 155cm dan kenapa tidak dia untuk berkawan telah menarik perhatian saya.

"Saya berketinggian 170cm, tapi bukan jodoh tinggi yang dicari. Saya mahu seseorang yang serius dalam perhubungan dan sedia memberi komitmen," katanya ketika dihubungi.

jodoh tinder 2

Pertemuan pertama selepas beberapa bulan berkenalan.

Lebih mesra disapa Alia, katanya, ketika di awal perkenalan, suaminya yang mahu dikenali sebagai Syahmi, 30, merupakan pelajar Ijazah Sarjana sepenuh masa dalam bidang teknologi maklumat (IT) di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.

"Masa mula-mula chat, banyak persamaan antara kami. Dalam tempoh seminggu 'trial and error' nampaknya lulus. Tapi disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 3.0, jadi kami belum boleh berjumpa kerana sekatan rentas negeri.

"Keserasian membuatkan kami meneruskan fasa 'bercinta' selama tiga bulan sebelum kerajaan menarik semula sekatan rentas negeri pada Oktober tahun lepas," katanya sambil menambah dia menetap di Kangar, manakala suaminya di Kedah.

jodoh tinder 3

Waktu bertunang pada Februari 2022.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia tidak berasa kekok sewaktu bersemuka buat pertama kali kerana keperibadian jejaka kelahiran Alor Setar itu amat disenangi.

"Dia seorang yang baik, penyayang dan 'family man' yang akan mendahului keluarga. Dan sebenarnya sebelum jumpa saya ada tetapkan 14 senarai ciri lelaki pilihan.

"Saya tak sangka dia memenuhi semua kriteria tu. Paling memikat hati adalah dia boleh duduk berbincang dan sabar dengan saya dan saya tidak kisah dia sibuk dengan kerja tetapi mahu keluar bersama bila ada kelapangan," katanya yang juga menyenaraikan suaminya menjadi imam bagi solat Isyak dan menghafal surah Al-Mulk bersama selepas berkahwin.

jodoh tinder 5

Alia (tiga, kanan) dan Syahmi (tiga, kiri) bersama keluarga pada hari pernikahan.

Antara lain dalam 14 senarai itu adalah, berusia antara 25 dan 31 tahun, mementingkan kekeluargaan, tegas tetapi soft-spoken, bekerja dan sedia untuk settle down.

Tambah Alia lagi, pertemuan pertama antara kedua-dua keluarga pada Februari lalu yang sepatutnya menjadi majlis merisik bertukar kepada pertunangan.

Alhamdulillah, perjalanan saya untuk mencari jodoh dipermudahkan. Syukur saya dipertemukan dengan seorang jejaka yang sweet dan mementingkan kasih sayang.

ALIA DIYANA MOHAMED HASSIM

Menyedari kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, Alia yang bertugas sebagai pegawai penyelidik berkata, suaminya yang masih bergelar pelajar sepenuh masa berusaha untuk mencari kerja sebelum ditawarkan jawatan sebagai IT programmer sejak Disember lalu.

"Alhamdulillah, perjalanan saya untuk mencari jodoh dipermudahkan. Syukur saya dipertemukan dengan seorang jejaka yang sweet dan mementingkan kasih sayang," ujarnya.

jodoh tinder 4

Syahmi (kanan) dan Alia kini bergelar suami isteri.

Sementara itu, Syahmi pula tidak menyangka bertemu jodoh dengan seorang wanita yang sedia menerimanya seadanya.

"Sebelum ni saya selalu kena reject atau chat bertukar hambar kerana tinggi saya 155cm. Malah hubungan saya pernah putus kerana ex akhirnya tak boleh terima ketinggian saya.

"First and foremost, dia menerima saya yang rendah. Saya tidak berlakon dan hanya menjadi diri sendiri, tunjuk perangai sebenar saya.

"Saya ambil risiko mesej dia untuk berkawan, tak sangka kami kahwin. Paling tak sangka apabila saya rupa-rupanya menepati kesemua ciri jejaka pilihannya, memang wow!" katanya sambil menambah mereka merancang untuk berbulan madu di Singapura.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain