suria

Dari luar ‘sebiji’ macam pondok buruk, dalaman ala istana Sultan Brunei ‘bersalut’ emas... jangan pandang rendah ‘taste’ Pok Din Lejeng!

Kiri di luar pondok milik Baharuddin (gambar kecil), kanan bahagian dalam seperti hotel.

LUAR setinggan dalam macam kondo? Bukan, kali ini ternyata berbeza.

Menjengah masuk ke sebuah pondok yang kelihatan usang di bahagian luarnya, siapa sangka di dalamnya seperti bilik hotel bertaraf lima bintang!

Begitulah tarikan sebuah pondok berdinding dan beratapkan papan plywood serta zink yang mempunyai tandas 'emas'.

ARTIKEL BERKAITAN: "Semua bulu menegak, meremang..." - Tandas tak ada pintu, jalan pun kena bongkok, aktivis terkesima lihat rumah orang miskin bersih gila!

ARTIKEL BERKAITAN: Guru tak puas hati diberi jolokan 'luar setinggan dalam kondo' selepas hias kelas, sanggup guna duit sendiri 'kerjakan' stor tukang kebun pula

Bercakap kepada mStar, pemiliknya, Baharuddin Mamat berkata, pondok itu terletak bersebelahan dengan kedai yang diusahakannya di Jalan Sultan Mohamad di Kuala Terengganu, Terengganu.

Lelaki berusia 66 tahun itu memberitahu ia didirikan tiga tahun lalu sebagai tempat beristirehat dan ruang solat untuk kegunaan sendiri dan para pekerja.

"Pondok ini dilengkapi ruang solat, tempat bacaan dan berehat serta sebuah bilik mandi yang mempunyai sinki, mangkuk tandas dan tab mandi.

"Kos keseluruhan membina pondok ini sebanyak RM11,000 di mana RM7,000 saja dibelanjakan untuk bilik mandi atau tandas," katanya ketika dihubungi.

pondok pok din 2

Dilengkapi ruang bacaan dan meja komputer serta penyaman udara.

Diberi gelaran 'Pondok Jerenggeng', ia turut dilengkapi sebuah katil, rak buku, komputer dan penyaman udara termasuk 'sound system' untuk kegunaan karaoke serta kemudahan WiFi.

Lebih dikenali sebagai 'Pok Din Lejeng', katanya, suntikan elemen emas di bahagian dalam pondoknya mendapat inspirasi daripada istana milik Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

pondok pok din 3

Ruang rehat di dalam pondok.

"Saya kagum dengan kecantikan dan kemewahan istana Sultan Brunei. Daripada tontonan di YouTube saya mendapat ilham untuk mengecat dan menggunakan hiasan berwarna emas.

"Ramai yang tertanya-tanya kenapa hanya di dalam saja nampak mewah dan biarkan bahagian luar kelihatan seperti pondok buruk. Bagi saya, ruangan dalam adalah lebih penting.

"Di dalamnya dihias cantik dan mewah untuk kepuasan saya sendiri. Bagaimanapun, pondok ini boleh digunakan oleh para pekerja berehat termasuk pelanggan yang mahu menggunakan tandas dan solat," ujarnya yang berasal dari dari Kampung Bukit Besar di Kuala Terengganu.

pondok pok din 7

Hiasan dan aksesori berwarna emas.

Menurut Baharuddin, dia amat teruja apabila mengetahui pondoknya mendapat perhatian ramai sehingga sebuah video yang dikongsi seorang kenalan di aplikasi TikTok meraih lebih 9.5 juta tontonan dalam sehari.

Sehubungan itu, dia yang mengusahakan kedai makan masakan asam pedas sejak empat tahun lalu merancang untuk menjadikannya sebagai chalet pada masa akan datang.

Bagi saya, ruangan dalam adalah lebih penting. Di dalamnya dihias cantik dan mewah untuk kepuasan saya sendiri.

BAHARUDDIN MAMAT

"Bilik dan tandas dah macam hotel. Saya cuma perlu tukarkan katil kepada saiz queen dan masukkan kemudahan asas seperti peti sejuk, seterika dan pemanas air minuman.

"Mungkin juga saya sediakan printer untuk mereka yang mahu bekerja di dalamnya sebab dah ada komputer," katanya yang mempunyai tujuh anak dan lima cucu itu.

pondok pok din 4

Baharuddin mencantikkan bahagian dalam pondoknya demi kepuasan sendiri.

Jika sebelum ini ramai yang sukar mempercayai 'pesona' di bahagian dalam pondok usang itu, Baharuddin menjelaskan bahawa setiap kemudahan dan peralatan juga boleh digunakan dengan baik.

"Bukan hiasan semata-mata. Tab mandi pun boleh guna. Saya sendiri kalau penat nak balik rumah, saya singgah pondok untuk tidur, rasa puas macam dok hotel!" ujarnya secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain