suria

Lelaki kerja 'gomen' dakwa dibuli, staf kontrak pijak kepala sebab 'backup' kuat - "Orang atasan minta tak besarkan hal ni"

Setiap pekerjaan mempunyai cabaran yang tersendiri. -Gambar hiasan AI

KERJAYA dalam sektor kerajaan sering menjadi pekerjaan idaman ramai kerana dianggap stabil, terjamin dan selamat.

Namun bagi kakitangan kerajaan ini, bekerja di sektor tersebut bertukar menjadi pengalaman pahit yang sukar dilupakan.

Berkongsi situasi yang berlaku, dia mengakui berasa tertekan dan tidak selesa selepas menakwa menjadi mangsa provokasi seorang pekerja kontrak wanita.

"Aku sangkakan kerja kerajaan ni lebih seronok dari swasta, tapi malangnya tidak.

Kegiatan buli boleh terjadi di pejabat kerajaan. -Gambar hiasan AI

Kegiatan buli boleh terjadi di pejabat kerajaan atau swasta. -Gambar hiasan AI

"Tahun 2024, aku 'diprovok' oleh seorang staf perempuan berstatus kontrak hanya kerana aku meminta dia mengemas surau yang disepahkan," luahnya di Thread.

Menurut lelaki ini, teguran tersebut dibuat demi keselesaan orang ramai yang menggunakan surau berkenaan.

Namun malangnya, sejak insiden tersebut dia sentiasa menerima pelbagai bentuk provokasi termasuklah gambar dicuri dari carta organisasi.

"Bermacam-macam kata dilemparkan kepada aku dan semenjak dari itu juga pelbagai bentuk provokasi aku terima. 

  • Kerja kerajaan disangka selesa, rupanya jadi mimpi ngeri.
  • Lelaki dakwa diprovokasi staf kontrak hanya sebab tegur isu surau.
  • Terima hinaan fizikal, provokasi dan sabotaj di tempat kerja.
  • Aduan dibuat tapi pihak atasan minta bersabar, halang tindakan undang-undang.
  • Netizen simpati, cadang lapor SISPAA dan ambil tindakan lanjut.

"Antaranya gambar aku di carta organisasi dicuri dan nama aku diconteng. Aku juga turut dihina dari segi fizikal oleh staf perempuan tersebut," adunya lagi.

Mengakui tertekan dengan perbuatan dan sikap keanak-anakan individu berkenaan, dia tampil membuat aduan tentang gangguan yang diterima.

Bagaimanapun, sehingga kini pihak atasan hanya meminta dia bersabar selain dihalang mengambil tindakan perundangan.

"Apabila aku nak ambil tindakan undang-undang, orang atasan suruh aku jangan besarkan hal ni sebab kesian perempuan tersebut ada anak untuk dijaga. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘demand’ naik gaji disindir, dibuli rakan sekerja gara-gara mulut celupar staf HR - “Bukan RM10,000 pun!”

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari menangis atas motosikal... Pekerja baharu anxiety dibuli, makcik senior cuma ada STPM tergugat akademik lebih tinggi

"Tak pernah sekali aku dengar pihak atasan kesiankan aku yang kena hadap perbuatan perempuan tu," luahnya yang kecewa dengan sikap pihak atasan.

Tambah pengadu, situasi menjadi semakin buruk apabila dia mempersoalkan tindakan pihak atasan yang didakwa membantu staf wanita berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila dia mendakwa dimarahi dan diugut untuk dipindahkan ke negeri lain yang lebih jauh.

"Begitulah lumrah kerja kerajaan, nasib mangsa jarang dibela dan selalunya pelaku akan dijaga baik dengan alasan 'kesian'," tambahnya.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya dengan ramai meluahkan simpati terhadapnya.

Tidak kurang juga yang bersetuju dengan pandangannya mengenai kerja kerajaan kerana mengaku pernah berhadapan situasi sama.

"Saya sebelum ini penjawat awam, ketua unit tuduh saya hilangkan barang dan sentiasa salahkan saya, dah jumpa atasan tapi mereka tak ambil tindakan pun.

"Adukan masalah ini ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Upah peguam, sebelum ni pernah viral seorang penjawat awam yang alami situasi macam encik dan dia menang," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain