suria

Ayah umur 64 tahun masih ketagih porno, aktif sembang nakal di Telegram! Sisi gelap bapa alim terbongkar lepas anak pinjam telefon

Ketagihan porno boleh berlaku tanpa mengira usia. -Gambar hiasan

SETIAP manusia pastinya mempunyai sisi gelap tersendiri yang cuba disorokkan daripada pengetahuan orang lain.

Namun seorang wanita di Twitter bertindak mendedahkan sisi gelap bapanya yang didakwa suka menonton video lucah dan menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.

"Isunya sekarang adalah saya rasa bapa saya ada perempuan lain. Backstory dia, saya rasa ayah saya ketagih video porno. Dapat tahu apabila saya nak pinjam laptop bapa.

sels

Menonton video lucah merupakan satu perbuatan yang tidak sihat. -Gambar hiasan

"Waktu ini umur saya dalam sekolah rendah dan saya tertengok video tu. Sejak itu saya tahu ayah ada ketagihan porno," ujarnya menerusi luahan di laman Twitter.

Menurut pengadu, sisi gelap itu ternyata berbeza dengan perwatakan bapanya yang alim dan agak tegas dengan anak-anak.

"Sepanjang saya membesar, dia (ayah) seorang yang sangat alim, tenang, berfikiran waras dan memang quite the father figure yang sangat penyayang.

Saya rasa ayah saya ketagih video porno... dapat tahu bila saya nak pinjam laptop dia.

PENGADU

"Cumanya dia tegas dan kami adik-beradik tak banyak berborak dengan dia, tapi bolehlah kalau nak gurau sekali-sekala," ujarnya.

Tidak terhenti di situ, pengadu berkata dia sekali lagi berdepan kejadian hampir sama pada minggu lalu, sekali gus membongkar kecurangan bapanya yang kini berusia 64 tahun bersama seorang wanita.

"Kembali balik kat masa sekarang, ayah saya dah pencen dah pun. Minggu lepas saya pinjam telefon ayah dan apabila saya tengah guna, keluar notification Telegram daripada Aisyah yang tulis 'rindu nak peluk abang'.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis mengaku ketagih porno sejak darjah 5, tidur dengan 10 lelaki! Penceramah motivasi anggap puncanya ‘tak dapat cinta lelaki disayangi di rumah’

ARTIKEL BERKAITAN: Disah hamil sebulan sebelum PKP, bakal ibu ini risau jadi ‘bahan’ rakan sekerja otak kuning - “Ada siap kira bila persenyawaan berlaku”

"Ayah saya terus ambil phone dia, dan macam biasa saya buat tak tahu. Buat-buat tak nampak, borak balik dengan ayah saya macam biasa. Okey la kita husnuzon, mungkin group pencen-pencen bapa saya tu bergurau.

"Benda-benda macam ni kan dah normalize antara lelaki. Tapi saya tergerak hati nak tengok phone ayah dan saya cari nama tu di Telegram.

"Chat room tu ada tapi semua perbualan dah padam. Kalau tak ada benda yang nak disorok, kenapa nak padam kan?" ujarnya yang turut menjumpai sejarah carian porno dalam telefon bapanya.

file79dcat3zqee178feoaa1 (1)

Anak-anak pastinya malu jika bapa mereka melakukan perbuatan terkutuk. -Gambar hiasan

Pengadu berkata dia juga tidak pasti sekiranya patut membongkarkan hal itu kepada ahli keluarganya yang lain.

"Sekarang saya ni tak tahu nak buat apa. Nak ceritakan pada adik-beradik saya pun, saya tak nak tanggapan mereka kat ayah saya buruk. Jika betullah dia ada perempuan lain, memang hormat saya dah hilang dah kat dia.

"Dan ini pastinya akan melukakan hati ibu saya. Saya tak mahu ia berlaku. Apa perlu saya buat, bantu saya," luah pengadu lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain