suria

Pengantin baharu ‘turn off’ ibu mentua nak menyelit pergi bulan madu, siap boleh pilih lokasi!

Ada sesetengah pasangan yang tidak kisah untuk membawa ahli keluarga dalam percutian bulan madu mereka. -Gambar hiasan

KEBANYAKAN pasangan yang baru mendirikan rumah tangga selalunya teruja untuk merancang percutian istimewa berdua ataupun berbulan madu.

Bukan sahaja sebagai reward selepas penat menguruskan majlis perkahwinan, tapi ia juga adalah waktu terbaik untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat.

Namun lain pula cerita yang dikongsikan seorang wanita ini yang baharu mendirikan rumah tangga. 

Bulan madu adalah saat romantis antara suami isteri untuk menghangatkan kembali hubungan mereka. -Gambar hiasan

Belum sempat mahu merasa nikmat honeymoon berdua, tiba-tiba ibu mentuanya menyuarakan hasrat mahu turut serta dalam percutian dia dengan si suami.

"Untuk couple yang baru berkahwin dan rancang nak pergi honeymoon, kemudian suami cakap mak dia teringin nak pergi ke sesuatu tempat jalan-jalan. 

"Jadi dia (suami) suggest wife dia honeymoon sekali dekat sana. Mak suami ikut sekali. You guys rasa okay ke?" tulisnya dalam satu hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua jenis suka buat ‘rombongan’ bercuti, menantu dipaksa kumpul duit awal-awal… Dilarang bantah, wajib ikut sekali!

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua cemburu menantu beli emas, bercuti 'overseas'... Suruh guna duit untuk kerap balik kampung, dapat pahala jenguk orang tua

Mungkin bagi sesetengah pasangan, tidak menjadi masalah untuk percutian bulan madu disertai ahli keluarga yang lain lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal bajet.

Namun wanita tersebut turut melontarkan persoalan mengenai keutamaan yang perlu dipertimbangkan jika berdepan dengan kekangan kewangan.

  • Seorang wanita berkongsi dilema apabila ibu mentua ingin turut serta dalam honeymoon yang dirancang bersama suami.

  • Apa yang meresahkan, suami wanita tersebut seakan-akan akur dengan kemahuan ibunya.

  • Wanita tersebut melontarkan persoalan mengenai keutamaan jika berdepan bajet terhad, sama ada perlu mengutamakan honeymoon berdua atau memenuhi hasrat ibu mentua.

  • Netizen menyarankan pasangan berterus terang dan tetapkan sempadan, kerana honeymoon sepatutnya menjadi masa eksklusif untuk suami isteri, bukan percutian keluarga.

  • Ramai menasihatkan agar si isteri suarakan perasaan dengan baik, manakala suami pula perlu bijak mengimbangi kehendak ibu dan keperluan pasangan agar tiada pihak terasa hati.

"Andai kata budget ketat, yang mana satu perlu diutamakan? Honeymoon atau hasrat mak suami?" luahnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat pasangan berkenaan perlu mengambil pendekatan untuk berterus terang dengan keluarga bahawa honeymoon adalah detik istimewa yang sepatutnya menjadi ruang eksklusif buat suami dan isteri.

Malah ada yang menasihatkan si isteri supaya menyuarakan isi hati secara jujur, tetapi dengan cara yang baik agar tidak timbul salah faham atau rasa tergores, terutamanya dengan keluarga mentua.

Sebahagian daripada komen netizen.

"Benda simple. Honeymoon tarikh lain, bawa mak jalan tarikh lain. Tak boleh sekalikan.

"Agak-agaklah nak jimat pun, dia ni anak tunggal atau harapan famili ke?

"Jangan spoiled kan honeymoon anda. Tolonglah fahami mak dan isteri adalah individu yang berbeza. Honeymoon kot. Tak payahlah pergi negara sekian sekian jika budget ketat," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain