SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila tayar keretanya meletup ketika memandu di sebuah lebuh raya pada tengah malam Selasa.
Akui wanita itu dia mampu menukar sendiri tayar tersebut, namun keadaan terlalu gelap dan sunyi menyebabkannya memerlukan bantuan.
Menurutnya, dia cuba mendapatkan bantuan daripada beberapa orang mekanik dan akhirnya seorang lelaki Melayu tampil bersama rakan sekerja iaitu lelaki India.
Ilmu berkaitan tayar kenderaan perlu diketahui bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. -Gambar hiasan
“Pada awalnya saya minta tukar guna tayar simpanan, tapi dia beria suruh ambil tayar terpakai yang dibawa, sedangkan tayar tu sudah botak.
"Dia bagi pelbagai alasan suruh ambil tayar dia bawa antaranya sebab yang pecah tu depan tak sesuai guna tayar spare," kongsinya di media sosial.
Tambahnya, disebabkan dia berkeras mahu menggunakan tayar simpanan, rakan sekerja lelaki itu yang baik hati menukarkannya walaupun peralatan tidak lengkap.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kongsi tayar kereta tertusuk kasut tumit tinggi, tapi tiada siapa simpati... Ramai pula minta dedah jenama
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Botak’ bahagian tengah sebab terlebih pam angin... Ini 6 cara kesan masalah pada tayar
"Lepas dah tukar baru dapat tahu angin tayar spare tiada, lelaki Melayu tu pam guna pam basikal dan cakap angin tak masuk, tayar bocor.
"Saya cakap tak mengapa, saya pandu ke stesen di depan nanti saya isi angin. Berbeza dengan lelaki India yang suruh saya berhati-hati dan memandu perlahan" katanya.
- Tayar kereta wanita meletup tengah malam.
- Mekanik paksa beli tayar botak.
- Caj RM100 tanpa dimaklum awal.
- Pekerja lain bantu tukar tayar & beri nasihat.
- Netizen sarankan guna roadside assist insurans.
Tanpa berbincang, dia mendakwa mekanik tersebut kemudian mengenakan caj RM100.
“Saya dah tanya harga berkali-kali dalam WhatsApp, tapi dia sengaja tak balas. Kemudian terus nak caj RM100. Kalau dia beritahu awal, saya tak kisah bayar.
"Dia terus melenting dan cakap... eh kami ni dah la (datang dari) jauh, malam-malam buta cik ingat ada sesiapa ka nak tolong, bayar la," katanya.
Pemandu perlu mengambil tahu selok belok kenderaan seperti jangka hayat bateri. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu lagi, disebabkan tidak berpuas hati dia hanya membayar RM50 kepada mekanik berkenaan.
"Nak dipendekkan cerita, mekanik India tu akhirnya mengakui perangai pomen itu memang begitu dan memaklumkan bahawa rakan sekerjanya itu cuba menjual tayar botak dengan harga mencecah RM250," katanya.
Sementara itu, warga maya menasihati wanita itu sekiranya dia berdepan situasi sama pada masa akan datang supaya terus menghubungi pihak insurans.
"Kak, lain kali kalau jadi apa-apa, terus hubungi bantuan tepi jalan (roadside assist). Tak ganggu NCD pun.
"Lagi selamat daripada hubungi orang random, nanti takut kena scam.
"Memang dia nak scam daripada awal la tu," kata warga maya.


