suria

‘Botak’ bahagian tengah sebab terlebih pam angin... Ini 6 cara kesan masalah pada tayar

Pemilik sewajarnya memeriksa keadaan tayar kenderaan untuk mengelakkan kecelakaan. -Gambar hiasan

TAYAR merupakan komponen paling utama dalam memastikan keselamatan, prestasi dan keselesaan berada pada tahap maksimum semasa pemanduan. 

Namun ramai pemilik kenderaan sering memandang ringan aspek penjagaannya sehingga membawa kepada pelbagai masalah seperti tayar cepat haus, tidak seimbang atau meletup secara tiba-tiba.

Masalah tayar bukan sahaja boleh menjejaskan pengalaman memandu, malah turut meningkatkan risiko kemalangan sekiranya tidak ditangani dengan segera.

"Bila korang rasa stereng kereta bergegar atau bunyi pelik masa bawa, kadang-kadang puncanya datang dari tayar. Tayar boleh bagi banyak petunjuk kalau korang tahu nak tengok," kongsi pemilik kedai aksesori kereta, Zam Auto Accessories.

Bridgestone Malaysia campaign 'THINK BEFORE YOU DRIVE'. Checking tyre pressure is as important as checking engine oil and brake fluid.

Tekanan angin tayar juga perlu diperiksa terutamanya sebelum membuat perjalanan jauh. -Gambar hiasan

Jadi sebelum terlambat, apa kata kita sama-sama menambah ilmu pengetahuan mengenai jenis-jenis masalah tayar sebagaimana perkongsiannya:

1. Corak bunga tayar haus secara silang - Biasanya disebabkan masalah 'suspension'. Mungkin absorber sudah lemah atau komponen bawah kereta longgar, jadi tayar tak melekat (cengkam) elok atas jalan.

2. Bahagian tepi tayar sahaja haus - Biasanya angin tayar tak mencukupi. Apabila kurang angin, beban kereta lebih terkena pada tepi tayar. Lama-lama 'makan sebelah'.

3. Bahagian tengah sahaja haus - Itu tandanya anda terlebih pam angin. Angin terlebih membuatkan bahagian tengah tayar yang menyentuh jalan lebih dari bahagian lain dan akan ketara haus di bahagian berkenaan.

4. Haus bertompok-tompok - Kemungkinan tayar tak seimbang. Tayar akan melompat sedikit ketika pusing, jadi 'makan' tak sekata. 

5. Sebelah kiri atau kanan haus sepanjang bahagian tepi - Itu tandanya alignment 'lari'. Roda tak lurus, jadi tayar bergeser lebih pada satu sisi saja.

6. Seluruh tayar botak - Itu tandanya tayar sudah habis usia dan memang sudah sampai masa ditukar baharu. Jangan tunggu sampai licin, tukarlah sebelum terlambat. 

 

Artikel Lain