suria

Jangan hairan lori tangki bergerak macam ‘siput’ tak macam treler biasa, SOP sangat ketat elak risiko kemalangan

Lori tangki dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dengan teknologi yang mantap untuk tujuan pemantauan. bagi mengelakkan risiko kemalangan. -Gambar hiasan 

BEBERAPA insiden maut melibatkan lori atau treler sejak kebelakangan ini secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya.

Kejadian seperti ini bukan sahaja meragut nyawa, malah menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan pengangkutan berat di negara ini. 

Bagaimanapun, jika diperhatikan, lori tangki terutama yang membawa bahan mudah terbakar seperti minyak, jarang terbabit dalam kemalangan serius. 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Botak’ bahagian tengah sebab terlebih pam angin... Ini 6 cara kesan masalah pada tayar

Fenomena ini secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya sama ada terdapat perbezaan dari segi prosedur operasi standard (SOP), pemantauan, serta tahap profesionalisme dalam pengendalian kedua-dua jenis kenderaan berat tersebut.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, pemilik akaun ZAM Auto Accessories yang banyak membuat perkongsian mengenai enjin kenderaan tampil mengupas dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Lori tangki yang membawa bahan mudah terbakar mempunyai SOP yang ketat. -Gambar hiasan

"Ada tak korang perasan, lori tangki minyak jarang gila accident? Padahal hari-hari atas jalan, tak laju dan steady je jalan jauh. Sebenarnya ada sebab kenapa diaorang tak macam lori lain. 

"Pemandu lori tangki ni kena ikut banyak SOP. Diaorang tak boleh brek suka hati, tak boleh corner baring, semua kena jaga, sebab bawa bahan mudah meletup.

"Masa pandu, tak boleh main phone, tak boleh sembang kuat dalam walkie talkie, tak boleh merokok langsung. Leceh sikit nak ikut tapi penting sebab nyawa ramai orang dalam tangan diaorang.

"Had laju pun terhad, biasanya dalam 70 ke 80 km/j je, itu pun kalau jalan okay. Kalau selekoh atau turun bukit, lagi perlahan. Jadi jangan pelik kalau nampak lori minyak macam siput," tulisnya.

Menurutnya, sekiranya kenderaan ini terlibat dalam kemalangan jalan raya, situasi akan menjadi tersangat rumit memandangkan ia membawa bahan mudah terbakar yang bukan sahaja mengundang risiko kepada pengguna jalan raya bahkan alam sekitar. 

Justeru, tambahnya, SOP yang ketat tidak hanya ditekankan kepada pemanduan semata-mata, sebaliknya kenderaan itu sendiri dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dengan teknologi yang mantap untuk tujuan pemantauan.  

"Majikan pula biasanya pasang alat intip dalam lori tangki ni. Ada GPS (Global Positioning System), dashcam, sensor tekanan tayar, sistem monitor brek, semua ada. 

"Kalau korang laju lebih, bos boleh tengok live. Kadang dashcam tu siap rakam dalam kabin," tulisnya lagi. 

Artikel Lain