suria

Induk gajah alami gangguan emosi, mungkin akan bertindak balas... Pakar saran tutup laluan bermula tengah malam

Induk gajah yang kehilangan anaknya akan mengalami gangguan emosi, menurut Pakar Hidupan Liar UPM, Dr Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan (gambar kecil).

KONFLIK antara manusia dengan hidupan liar disebabkan pembangunan pesat dan aktiviti di habitat semula jadi mencatatkan angka yang agak membimbangkan.

Berdasarkan rekod Jabatan Perhilitan, 4,919 aduan konflik manusia dan gajah telah dilaporkan bagi tempoh 2020 hingga 2024.

Sementara itu, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, sebanyak lapan ekor gajah direkodkan mati akibat roadkill di Semenanjung Malaysia termasuk tiga daripadanya berlaku dalam tahun ini saja.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tak mahu pasang lampu jalan, rupanya ini sebab laluan Gerik-Jeli terus bergelap

Insiden terbaharu membabitkan seekor anak gajah jantan mati digilis sebuah lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada awal pagi Ahad, menjadi titik tolak kepada perbincangan yang lebih mendalam mengenai kesan pembangunan terhadap ekosistem dan hidupan liar.

Pakar Hidupan Liar, Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan berpendapat, polisi dan undang-undang sedia ada sudah memadai untuk melindungi keselamatan hidupan liar dan manusia, namun tahap kesedaran orang awam masih dinilai sebagai lemah.

Menurut beliau, jajaran jalan raya di kawasan pedalaman Semenanjung, Sabah atau Sarawak ialah habitat hidupan liar dan kebanyakan kawasan titik panas lintasan hidupan liar telah pun dikenal pasti. 

ipmgajah 3...Motorists travelling along the Gerik-Jeli East-West Highway stop to look at the female elephant and her calf near Banding . pix by: osman baba/7-5-2006/ipoh/mazni mustafa. *** Local Caption *** This pair of pachyderms is not from a circus show. The elephant and calf had strayed onto the Gerik-JeliEast-West Highway near Banding at 3.30pm on Saturday forcing motorists to stop and watch. Theyquietly returned to the jungle after their stroll. See Page 14. -Picture by OSMAN BABAManusia perlu mempunyai kesedaran kerana berkongsi ekosistem dengan hidupan liar. -Gambar hiasan

"Tetapi kaedah pemanduan, perancangan pemanduan dan pelaksanaan jadual pengangkutan darat yang dirancang oleh manusia tidak mengambil kira faktor kewujudan hidupan liar. 

"Pemanduan terutamanya antara 12 tengah malam hingga awal pagi perlu dianggap sebagai pemanduan berisiko tinggi. Maka perlu ada persediaan dari segi pengalaman pemandu, kelajuan memandu, peralatan lampu terang dan kadar muatan harta benda yang dibawa.

"Ia bukan mengenai dasar atau undang-undang. Ia adalah kesedaran bahawa manusia berkongsi bumi dengan hidupan liar," ujarnya kepada mStar.

Berpengalaman luas dalam bidang hidupan liar, beliau berkata, sama seperti manusia gajah juga mempunyai emosi serta memori yang sangat kuat dan dikategorikan sebagai intellectually cryptic.

"Gajah diketahui mempunyai memori yang sangat kuat, self conscious dan mempunyai sifat setiakawan atau kekeluargaan yang sangat mendalam.

"Maka, dalam kes yang sedang dibincangkan sekarang, ada beberapa perkara menarik yang boleh diutarakan," ujarnya.

Jelasnya, pertama sekali induk dan kawanan gajah akan merasa kehilangan satu anggota keluarga. 

Selain itu,katanya, induk gajah juga akan mengalami gangguan emosi akibat kejadian tersebut. 

"Ketiga, perlakuan kawanan gajah dijangka mempunyai reaksi atas kejadian tersebut, sama ada secara individu atau secara berkelompok, dalam bentuk perubahan kawasan rayauan, waktu rayauan, reaksi terhadap kewujudan trafik dan juga peningkatan atau pengurangan perilaku melintas jalan,"  katanya.

Di tengah-tengah kritikan dan pelbagai saranan yang diutarakan orang ramai, beliau berpandangan solusi paling mudah ialah dengan menutup laluan tersebut untuk trafik selepas 12 tengah malam. 

The mother elephant is believed to have returned to the scene of the incident. Kredit: @kek_pisa17g/TikTokGajah adalah antara haiwan yang aktif pada waktu malam. -Gambar hiasan

"Ini tidak memerlukan kos penambahan lampu atau sistem amaran dan teknologi tinggi. Harus diingat, perilaku gajah tidak boleh diatur. Tetapi perilaku manusia boleh diatur. 

"Maksudnya, gajah tetap akan melintas walaupun kawasan telah diterangkan seterang-terangnya dan sistem amaran telah dipasang," ujarnya. 

Justeru, beliau mengetengahkan beberapa cadangan langkah pencegahan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa, terutamanya di kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan migrasi gajah atau hidupan liar.

Pertama, memberi 'subsidi sumber' kepada hidupan liar seperti gajah dalam bentuk bank makanan semulajadi, contohnya melalui penanaman sumber makanan gajah 

Kedua, membuat koridor rayauan yang bersambung antara hutan terpisah (fragmented forest) yang diperkaya dengan 'subsidi makanan' 

Jadual rayauan atau perjalanan manusia juga boleh dirancang supaya tidak bertindih dengan rayauan gajah/hidupan liar

Penggunaan sistem amaran awal menggunakan live traffic report (seperti Waze) yang dipacu oleh sensor pergerakan (movement sensors) yang dipasang di kawasan berisiko tinggi dan proses dengan bantuan teknologi AI.

 

Artikel Lain