suria

Biskut, kerepek lemau jangan dibuang… Wanita kongsi tip mudah, tak sampai 5 minit jadi rangup semula

Biskut lemau menjadi rangup semula selepas dipanaskan di dalam 'air fryer'. -Foto @sitiraudzah

PERNAHKAH anda rasa kecewa apabila biskut kegemaran yang ingin dijamah menjadi lemau atau masuk angin?

Biskut lemau sememangnya boleh membuatkan kita hilang selera lebih-lebih lagi apabila sudah siap sedia dengan seteko air teh ‘O’ panas.

Tapi usah dibuang biskut itu!

Sebenarnya ada cara mudah untuk ‘merangupkan’ semula biskut kegemaran anda.

ARTIKEL BERKAITAN:Teruja naik gajah ketika travel, ramai tak sedar terjebak aktiviti penderaan haiwan! Doktor veterinar hurai kesan psikologi, fizikal

Seorang individu, @sitiraudzah berkongsi satu tip berguna yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

Tip ini bukan saja cepat, malah tak perlukan bahan tambahan pun, cuma guna ketuhar atau air fryer yang memang ada di dapur.

“Saya guna air fryer je, bakar selama tiga minit pada suhu 150 darjah Celsius. Elok balik crunch,” katanya.

Bukan hanya biskut, malah tip yang sama boleh digunakan untuk merangupkan kerepek ataupun bertih jagung (popcorn).

Jadi selepas ni, biskut lemau bukan lagi alasan untuk dibuang.

Tip ini bukan saja mudah malah mengelakkan kita melakukan pembaziran.

Selamat mencuba!

Artikel Lain