suria

Selama ini asyik rendam dalam air, rupanya salah! Ini 3 cara selamat dan betul nak ‘defrost’ daging beku

Daging beku sewajarnya dimasukkan dalam plastik sebelum direndam, atau dicairkan menggunkan microwave. -Foto Endeustv

MENCAIRKAN atau nyahbeku (defrost) daging beku dengan cara yang betul amat penting untuk memastikan keselamatan makanan serta mengekalkan kualiti dan rasa daging tersebut.

Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa kaedah nyahbeku yang tidak selamat boleh meningkatkan risiko pencemaran bakteria dan keracunan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati urus daging korban, silap langkah boleh keracunan makanan... Ini tip untuk pastikan kekal segar

Memandangkan tidak lama lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidiladha, jadi penting untuk mengambil tahu cara defrost daging beku dengan betul dan selamat.

Berikut merupakan antara kaedah yang biasa dilakukan untuk defrost daging beku, namun sebenarnya tidak selamat dan berisiko, sebagaimana perkongsian laman Instagram Endeus.tv: 

Daging disimpan dalam kuantiti kecil di dalam bekas berpenutup sebelum disejukbeku. -Gambar hiasan

1. Siram daging beku menggunakan air panas.

- Daging akan menjadi matang dan bahagian tengahnya tetap beku.

2. Rendam daging beku secara langsung dalam bekas berisi air

- Daging akan terkontaminasi (tercemar) oleh bakteria

3. Membiarkan daging beku secara terbuka

- Kaedah ini hanya akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dalam daging

Ada beberapa cara yang betul untuk menyahbeku daging iaitu:

1. Bungkus daging beku dalam plastik, kemudian rendam dalam air suhu biasa

2. Memindahkan daging beku dari freezer ke chiller. Biarkan ia mencair secara perlahan-lahan di dalam peti sejuk

3. Menggunakan fungsi nyahbeku pada microwave 

Kesimpulannya, memilih kaedah nyahbeku yang betul bukan sahaja menjaga keselamatan makanan, malah membantu mengekalkan rasa dan tekstur daging.

Sama ada anda merancang awal atau tergesa-gesa untuk memasak hidangan berasaskan daging, sentiasa pastikan pilih cara yang selamat untuk kesihatan seisi keluarga.

Semoga bermanfaat!

Artikel Lain