PELAKON dan penyanyi Erra Fazira mendedahkan anak perempuannya, Engku Aleesya menyimpan impian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang psikiatri pada masa hadapan.Erra atau Fazira Wan Chek, 52, berkata Aleesya yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat A Level di sebuah kolej di Kuala Lumpur masih belum membuat keputusan muktamad sama ada akan menyambung pelajaran di luar atau dalam negara. Katanya, sejak kecil anaknya itu memang seorang yang pendiam namun gemar memerhati karakter orang sekeliling, sekali gus membuatkan bidang psikiatri itu dilihat sesuai dengan keperibadian Aleesya."Sekarang Aleesya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat A Level di sebuah kolej sekitar Kuala Lumpur dan insya-Allah tahun depan baru kami buat keputusan sama ada dia akan melanjutkan pelajaran di luar negara atau dalam negara saja. Erra tidak mahu memberi tekanan kepada anaknya."Cita-cita Aleesya ingin menjadi psikiatri kerana dia minat membaca. Saya rasa kenapa dia minat bidang ini adalah Aleesya seorang pemerhati. "Dari dulu dia memang diam tetapi memerhati karakter orang lain. Tiba-tiba dia nak pilih bidang psikiatri ini saya rasa memang sesuai dengan dirinya," katanya kepada mStar. Erra berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta baharu AC Gas yang diadakan di KL Trillion, Kuala Lumpur pada Khamis. Dalam pada itu, Erra turut mengakui sebagai ibu dia sentiasa memantau pembelajaran anaknya agar Aleesya memahami kepentingan menuntut ilmu dan berdikari dalam pelajaran.ARTIKEL BERKAITAN: “Uncle Ezwan seorang yang soft spoken, tapi ibu saya sangat tomboyish” - Engku AleesyaARTIKEL BERKAITAN: Engku Emran sambut baik kehadiran suami Erra Fazira dalam keluarga... “Gembira dapat bertemu bapa tiri kepada anak saya”"Kalau kita yang susun dan pantau (pergerakan), bila kita tidak ada dia (Aleesya) tidak akan buat kerja sekolah. "Dia kena faham kenapa perlu belajar, kenapa perlu cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah dia dah faham pentingnya pendidikan dan di mana kita jika tiada pelajaran. "Saya selalu cakap tanggungjawab anak untuk dia belajar sebaik mungkin. Keputusan pelajaran kita serahkan kepada Allah yang penting saya mahu lihat dia berusaha," ujarnya. Cita-cita Aleesya ingin menjadi psikiatri kerana dia minat membaca.ERRA FAZIRAPELAKON/PENYANYIMengulas mengenai kehidupan Aleesya sebagai anak kepada selebriti terkenal, Erra mengakui cahaya matanya itu pernah berasa kurang selesa apabila sering dikaitkan dengan populariti."Dia tidak pernah luah rasa terbeban atau apa saja tetapi saya tahu kadang-kadang reaksinya tidak selesa bila orang selalu mengaitkannya dengan 'Erra Fazira'. "Saya tahu dia pernah melalui fasa tidak selesa itu tetapi sekarang dia lebih terbuka dan matang. "Sekarang tidak rasa kekok jika berada di khalayak ramai. Dia dah boleh handle situasi itu," katanya. Aleesya (kiri) berminat dalam bidang psikiatri.Untuk rekod, Aleesya merupakan anak tunggal Erra hasil perkahwinan bersama usahawan Engku Emran. Mereka mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 namun sah berpisah pada 18 Februari 2014. Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun bercerai pada 2006. Aktres berkenaan kemudiannya bernikah dengan usahawan Ezwan Zain pada 12 Disember tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!