suria

Farel Prayoga bangga kerjasama dengan Ippo Hafiz, pertaruh lagu Islamik ‘HambaMu’

Farel (kiri) berpeluang menyanyikan lagu hasil ciptaan Ippo.

PENYANYI Indonesia, Farel Prayoga terus mengorak langkah dalam industri muzik serantau apabila tampil dengan single terbaharu berunsur Islamik berjudul HambaMu.

Menurut Farel, 16, lagu tersebut mencatat sejarah tersendiri dalam perjalanan seninya kerana ia karya Islamik pertama yang dirakamkan di Malaysia.

Jelasnya, dia turut berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan komposer Ippo Hafiz yang disifatkan sebagai satu pengalaman berharga.

Farel mengakui teruja dengan sokongan yang diterima daripada peminat di Malaysia.

"Sebelum ini saya pernah merekodkan beberapa lagu berunsur Islamik tetapi Hambamu merupakan lagu pertama Islamik saya di Malaysia.

"Boleh dikatakan lagu baharu ini muncul secara tidak sengaja kerana selepas pelancaran lagu Lemak Manis bersama Indigital. Kami dipertemukan dengan Ippo dan akhirnya selepas berbincang maka terhasillah lagu baharu ini. 

"Saya senang bekerja dengan Ippo. Banyak pengalaman baharu yang ditimba dan saya berpeluang berkenalan dengan komposer terkenal di Malaysia," katanya kepada mStar

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu ragu, kini lebih tenang... Farel Prayoga kongsi kisah bergelar mualaf

ARTIKEL BERKAITAN: Farel Prayoga alami tekanan, tak semangat nak pergi sekolah… Hubungan dengan bapa renggang

Mengulas harapannya terhadap lagu HambaMu, Farel berharap karya tersebut dapat diterima baik oleh pendengar tempatan, sekali gus memeriahkan suasana Ramadan.

Dalam masa sama, Farel mengakui teruja dengan sokongan yang diterimanya daripada peminat di Malaysia dan terbuka menerima segala maklum balas yang diberikan.

"Harapan saya lagu ini dapat diterima oleh masyarakat di Malaysia dan insya-Allah dapat memeriahkan lagi bulan Ramadan nanti. 

"Saya juga teruja menerima sokongan daripada peminat di sini. Saya menerima segala komen positif dan negatif daripada orang ramai. 

Farel muncul dengan single terbaharu berjudul HambaMu.

"Mana yang negatif saya akan cuba perbaiki untuk menjadi lebih baik," ujarnya. 

Sebelum ini, Farel Prayoga pernah mencuri perhatian ramai menerusi lagu Lemak Manis, sebuah karya yang memperkenalkan dirinya kepada khalayak lebih luas dan menjadi antara lagu penting dalam perjalanan awal kerjayanya.

Lemak Manis bukan sahaja mengangkat nama Farel sebagai penyanyi muda berpotensi besar, malah menjadi titik permulaan kepada perkembangan muziknya yang lebih konsisten dan matang di Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain