suria

Dapat jemputan majlis kahwin anak buah di kedai makan, bapa saudara terus bersuara… Mula persoal jumlah wang hantaran!

Pengantin berhak memilih tema majlis kahwin sebagaimana mereka inginkan. -Gambar hiasan AI

SETIAP pasangan pasti ada cara tersendiri untuk meraikan hari bahagia bersama orang terdekat mengikut bajet dan kemampuan masing-masing.

Namun seorang wanita kecewa apabila ibu dan bapa saudaranya berkecil hati kerana tidak dilibatkan dalam urusan perkahwinannya.

Masalah mula timbul selepas dia dan suami memilih untuk mengadakan majlis jamuan sempena perkahwinan mereka di sebuah kedai makan selepas majlis akad nikah di masjid.

Setiap pasangan pastinya mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan mereka. -Gambar hiasan AI

"Saya nikah dekat masjid. Kemudian majlis makan-makan buat dekat kedai. Sebelum ni majlis bertunang pun secara tertutup dan tempoh tak lama. Bertunang tak ada hantaran atau pelamin.

"Tiba-tiba (pakcik) nak terasa hati aku tak libatkan kau dalam urusan kahwin aku. Kau bukan mak bapa aku tau.

"Jangan rasa entitled (berhak) sangat dengan urusan hidup anak saudara kau. Kau memang tak berhak. Aku kahwin pun tak tagih duit sesiapa. Tolong sedar diri," katanya penuh beremosi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin terkedu lihat tetamu dijemput tamak belaka! Ambil snek sampai licin, kenduri baru mula dah sibuk tapau lauk

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin stres... Saat akhir ibu saudara sibuk nak 'selit' majlis akikah sebelum acara bersanding, nak panggil tetamu sendiri

Tambah wanita itu, keadaan kesihatan ibu dan bapanya membuatkan dia memilih untuk bersederhana dalam melaksanakan majlis perkahwinan.

"Mak sakit, ayah pula sudah tua. Saya tak nak susahkan sesiapa uruskan majlis sendiri. Sebab saya yang nak kahwin, kenapa orang lain kena bersusah payah.

  • Seorang wanita pelik apabila ibu dan bapa saudaranya berkecil hati kerana tidak dilibatkan dalam urusan perkahwinannya.
  • Dia menegaskan majlis perkahwinannya mahu dibuat secara sederhana di kedai makan.
  • Keputusan itu dibuat kerana keadaan ibu yang sakit serta bapa yang sudah tua.
  • Wanita berkenaan kesal apabila ada yang mempersoalkan jumlah hantaran pemberian suaminya hanya kerana majlis diadakan di kedai makan.
  • Netizen berpendapat isu ini lumrah dalam keluarga tapi pasangan pengantin berhak menentukan cara meraikan hari bahagia mereka.

"Mereka (ibu dan bapa saudara) persoalkan jumlah duit hantaran pemberian suami hanya kerana majlis kami diadakan di kedai makan," jelasnya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang memberi pendapat mereka mengenai sikap bapa saudara pengadu.

Ada yang beranggapan sikap bapa saudara terhadap perkara seperti itu adalah lumrah kerana golongan lebih berpengalaman biasanya suka bersuara.

Komen netizen pada hantaran asal.

"Biasalah tu, orang tua kan. Selagi apa yang kita buat tak melanggar hukum, endahkan saja apa yang dicakap. Kalau dia bertanya, jawab dengan hormat.

"Bab urusan kahwin ni cukup meluat adalah masa nak adakan majlis. Macam-macam pendapat orang nak masuk campur. Nak ikut kepala sendiri semua.

"Sampai kita yang kahwin ni rasa macam siapa yang nak kahwin ni sebenarnya. Dah pernah lalui sendiri semua hal ni dulu," komen beberapa netizen.

Artikel Lain