SEORANG wanita meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir ibu baru bersalin yang menyusukan bayi mereka di wad tanpa menjaga aurat, khususnya ketika waktu melawat.
Menurutnya, keadaan itu lebih memalukan apabila ada lelaki lain, termasuk suami kepada pesakit lain, berada di dalam wad yang sama.
Namun apa yang menghairan, si suami pula tidak menegur perbuatan isteri mereka yang secara terang-terangan mendedahkan bahagian dada.
Bayi baru lahir digalakkan minum susu ibu. -Gambar hiasan
“Aku pelik kenapa mak-mak yang baru bersalin boleh menyusu bayi tanpa tutup aurat? Lelaki lain boleh nampak.
"Aku tengok pun malu. Kalau suami ada kat sebelah tu, tak rasa nak tolong tutup ke aurat bini tu? Boleh je tarik langsir kan,” kongsinya di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kena ‘judge’ sesama kaum ibu gara-gara menyusu anak sampai usia 5 tahun
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tergamam ‘jiran’ katil sebelah bersalin anak ke-5 pada usia 19 tahun! Doktor terus tegur suami - “Awak tak kesian kat dia?”
Tambahnya, ada sebahagian daripada mereka yang menyusu di khalayak itu adalah golongan yang bertudung.
- Seorang wanita kurang senang dengan sikap ibu baru bersalin yang menyusukan bayi tanpa menjaga aurat.
- Situasi dikatakan lebih memalukan kerana ada lelaki lain berada dalam wad.
- Wanita itu hairan apabila suami tidak menegur atau menutup aurat isteri mereka.
- Ada ibu yang terlalu penat hingga tertidur ketika menyusukan bayi, menyebabkan aurat terdedah tanpa disedari.
- Ada warganet mengaku pernah mengalami pengalaman serupa kerana keletihan selepas bersalin.
"Ada juga ibu yang terlalu kepenatan hingga tertidur ketika menyusukan bayi dan secara tidak sengaja mendedahkan aurat kepada orang lain.
"Suami adz je dekat situ, tolong la tutupkan langsir!," katanya.
Reaksi netizen
Perkongsian itu dipersetujui warga net dengan ada yang berkongsi pengalaman sendiri kerana terlalu penat.
"Saya pernah tak tersedar, masa tu dah waktu melawat. Terlelap sebab penat sangat, baju terselak.
"Nasib baik terselak sikit, tengok-tengok, ada laki ramai-ramai tengah melawat kat sebelah," katanya.


