KENDURI kahwin masyarakat Melayu lazimnya 'meriah' dengan pelbagai lauk pauk serta kuih muih yang menyelerakan.
Di sebalik kemeriahan itu, tetamu seharusnya menjaga adab termasuklah berpada-pada ketika mengambil hidangan agar semua yang hadir turut berpeluang menikmati makanan yang disediakan.
Di Threads, hantaran seorang pengantin tular selepas dia berkongsi kisah tetamunya yang tamak sehingga tergamak mengambil makanan tanpa meminta kebenaran.

Lauk kenduri biasanya dimasak mengikut anggaran jumlah jemputan. -Gambar hiasan
"Benda 'rare' berlaku di kenduri kahwin saya. Saya ada sewa gerobok jajan (booth snek) untuk kanak-kanak.
"Kemudian, ada seorang ni dia bungkus semua jajan dekat gerobok tu, siap suruh anak dia bungkus cepat-cepat.
"Kantoi sebab bapa saudara saya tangkap gambar mereka. Bungkus sampai licin gerobok tu," ujarnya memulakan cerita.
- Hantaran seorang pengantin tular selepas dia dedah kisah tetamu kendurinya yang tamak.
- Kes pertama, seorang tetamu dan anaknya tamak ambil makanan ringan.
- Sementara itu kes kedua, seorang lagi tetamu membungkus nasi dan lauk daging.
- Ramai netizen turut berkongsi pernah alami kejadian sama di majlis mereka.
- Ada yang memberi nasihat dan menyarankan tetamu sedemikian tidak lagi perlu dijemput sekiranya ingin mengadakan kenduri.
Menurut wanita itu, terdapat satu lagi kes yang mana seorang tetamu turut membungkus makanan untuk dibawa pulang, meskipun majlisnya belum tamat.
"Kemudian masa sanding pukul 12.30 tengah hari, dia bungkus nasi briyani, daging dicampur dalam nasi. Kelam kabut bungkus.
"Kantoi depan mak sebab dia bawa dua bungkus nasi masa salam kaut. Lepas tu dia minta bunga telur sampai lima dengan ayah saya," kongsinya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Kenduri meriah lauk sampai 5 jenis, tetamu ‘sauk’ banyak tapi cuit sikit... Tuan rumah terkilan ramai buang dalam tong sampah
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki misteri hantar lauk kenduri... Buka plastik ada coklat, air tembikai macam beli di kedai! Tuan rumah terus buang
Menurutnya, kedua-dua tetamu berkenaan merupakan jiran lamanya serta rakan sekerja suami.
Di ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa geram terhadap sikap tetamu yang mementingkan diri dan tidak tahu malu itu.
"Sebab tu saya suka majlis yang 'intimate'. Kalau pergi majlis T20, tenang je.
"Orang macam ni jangan jemput datang kenduri. Tamak sangat semua nak tapau bawa balik.

Lebihan lauk kenduri biasanya akan disedekahkan kepada jiran tetangga dan saudara mara. -Gambar hiasan
"Tahu miskin, jangan tunjuk. Simpan rapi perangai tu. Elok orang nak kesian terus jadi benci," antara komen netizen.
Beberapa netizen lain turut berkongsi kisah mereka yang pernah berdepan kejadian serupa.
"Saya kena masa raya. Keluarga mak saudara, masa nak balik dia minta tapau semua lauk. Saya terus cakap tak boleh, ramai lagi nak datang.
"Pernah kena masa kenduri kahwin saya. Dia minta doorgift lebih. Keluarga saya tak bagi, tapi dia 'rembat' macam tu je," tulis netizen lagi.


