DI usia 40-an, seseorang itu sepatutnya sudah mempunyai kerjaya dan kewangan yang kukuh.
Namun realtitinya, masih terdapat individu yang mencari kerja di usia pertengahan itu.
Berkongsi pengalaman berdepan dengan individu terbabit, seorang lelaki meluahkan rasa kesal kerana memberinya peluang kerjaya.
Segalanya bermula apabila wanita yang hampir mencecah usia 40 tahun itu menghadiri sesi temuduga di syarikatnya.

Golongan wanita bekerja untuk tingkatkan pendapat keluarga. -Gambar hiasan
"Ada seorang tim aku ni, umur nak cecah 40 dan dia bekerja sebelum ni tapi diberhentikan. Aku dalam sesi temuduga tu.
"Dia cakap dah setahun menganggur dan dah banyak pergi temuduga tapi tak dapat.
"Berdasarkan pengalaman, umur dan betapa terdesaknya dia nak kerja, kami putuskan untuk ambil dia," jelasnya.
Namun, selepas tiga bulan, pekerja itu didakwa menunjukkan banyak masalah disiplin dan prestasi.
ARTIKEL BERKAITAN: Calon umur 40-an gagal dapat kerja walau dipuji masa 'interview'... HR anggap dah tua, risau ada penyakit
ARTIKEL BERKAITAN: Gembira dapat kerja gaji 6K selepas tamat belajar... Graduan ikut gerak hati, tolak tawaran demi keberkatan
Paling mengejutkan apabila wanita terbabit kerap mengambil cuti sakit (MC), hampir 10 hari dalam tempoh tiga bulan selain gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan.
Malah dakwa pengadu, rakan sekerja itu menjadikan proses pembelajaran sebagai alasan dia tidak mencapai KPI.
"Hari-hari tak capai KPI tapi scroll telefon setiap masa, video call dengan teman lelaki sampai habis kerja, rehat dua jam.
"Apabila ditegur, dia bersikap defensif dengan alasan masalah kesihatan mental, asyik hasut budak-budak baru lain, bergosip pasal kerja.
- Wanita umur hampir 40 tahun dapat kerja selepas setahun menganggur, namun prestasi dan disiplin bermasalah.
- MC hampir 10 kali dalam 3 bulan, gagal capai KPI dengan alasan masih belajar.
- Kerap main telefon, video call teman lelaki & rehat panjang, hingga menjejaskan kerja.
- Teguran dijawab dengan alasan masalah mental, malah didakwa menghasut rakan sekerja lain.
- Majikan kesal & hilang percaya pada ‘cerita terdesak nak kerja’, tapi tegaskan isu ini bukan diskriminasi umur sebaliknya sikap individu.
"Kitaorang pula kerja ikut waktu Amerika Syarikat, 9 malam hingga 6 pagi, bos besar tak ada, penat nak kawal," katanya kesal.
Situasi dialami itu membuatkan dia mula meletakkan garis sempadan terhadap mereka yang gemar berkongsi cerita 'terdesak' ketika sesi temuduga.
Bagi pengadu, wanita terbabit tidak bersyukur apabila diberikan kerja meskipun masih dalam tempoh percubaan.
"Lepas ni malas aku nak percaya cerita-cerita 'desperate' orang nak kerja ni. Dah ada kerja, tak bersyukur pula.
"Nanti tak lepas 'probation', ada drama lain pula menanti,” kongsinya lagi.

Warga maya turut berkongsi pengalaman sama.
Dalam hantaran berasingan, dia menerangkan situasi yang berlaku dengan lebih jelas selepas menerima reaksi bercampur daripada warga maya.
Ada yang bersetuju dengan pandangannya namun tidak kurang juga yang berpendapat faktor umur tidak seharusnya dikaitkan dengan masalah disiplin pekerja.
Susulan itu, dia menegaskan perkongsian itu bukanlah bertujuan mendiskriminasikan usia, sebaliknya hanya berkongsi pengalaman menguruskan pekerja.
“Bila orang makin berumur, aku expect mereka lebih matang dari segi etika kerja. Tapi kalau attitude bermasalah, umur berapa pun tetap sama,” jelasnya.
Di ruangan komen, ada yang berkongsi masalah sama apabila terdapat rakan sekerja yang tidak berdisiplin.
"Berkali-kali hubungi HR (Jabatan Sumber Manusia), terdesak sangat, katanya perlukan duit... tapi apabila masuk, asyik MC dan persoal pasal faedah syarikat.
"Orang macam ni rosakkan orang-orang macam kami ni yang betul dah berumur tapi masih boleh bekerja dan commit dengan kerja.
"Macam sama dengan apa yang terjadi di pejabat saya sekarang, umur lebih kurang juga tapi jantina lain, mencabar kesabaran hari-hari sebab baru 30 minit dah tidur," demikian antara reaksi warga maya.


