SETIAP pasangan bercinta pasti akan melalui fasa mengenali hati budi, yang mana ia penting untuk menilai keserasian sebelum melangkah ke fasa lebih serius dalam perhubungan.
Realitinya, fasa inilah yang memperlihatkan pelbagai sisi sebenar seseorang, sama ada dia benar-benar serius untuk bernikah atau sekadar main-main.
Dalam tempoh ini juga ramai yang mula nampak redflag pasangan masing-masing sebagaimana perkongsian wanita ini.
Pasangan lazimnya memilih untuk mengenali hati budi pasangan sebelum melangkah ke fasa seterusnya. -Gambar hiasan
"Dulu ada kenal laki ni. Dia sedang mencari perempuan dan ready untuk settle down (kahwin). Pada masa yang sama ada perempuan yang sedang 'kejar' dia.
"Perempuan tu memang betul-betul bagi effort tapi dia kata tak boleh terima perempuan tu atas sebab-sebab tertentu. Memang dia reject perempuan tu mentah-mentah.
"Kemudian aku kenal dan kawan dengan dia dalam beberapa bulan juga la. Pernah keluar beberapa kali untuk kenal lebih rapat," tulisnya dalam satu perkongsian di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Nikah wanita narsistik, suami rasa sia-sia masuk universiti... Dakwa diri teraniaya, isteri bijak putar belit cerita sampai jadi kes polis
ARTIKEL BERKAITAN: Jiran baru pindah rupanya sedang terseksa, cerita semua sikap buruk suami masa 'house warming' - "Mereka dah 3 bulan kahwin"
Menurut wanita tersebut, disebabkan dia dan lelaki tersebut mempunyai matlamat yang sama iaitu menuju ke alam perkahwinan, dia meminta lelaki itu berterus terang mengenai hala tuju hubungan mereka.
"Lepas tu boleh pula dia kata kalau aku nak dia, aku kena bersaing dengan perempuan pertama yang suka dia tu. Eh?
"Kau cakap kau tak nak perempuan tu dan memang tak boleh terima. Ni bila aku nak serius, boleh pula suruh bersaing dengan perempuan tu untuk dapatkan kau. Kau fikir kau apa? Hadiah?" tulisnya lagi.
Seorang wanita berkongsi pengalaman mengenali seorang lelaki yang kononnya serius untuk berkahwin, namun menunjukkan sikap tidak konsisten.
Lelaki itu menolak seorang wanita lain yang menunjukkan usaha memenanginya, tetapi kemudian meminta wanita ini ‘bersaing’ pula dengan wanita tersebut.
Wanita itu berasa dipermainkan dan mempersoalkan tindakan lelaki yang tidak berpendirian serta menganggap dirinya seperti ‘hadiah’.
Akhirnya, wanita tersebut memilih untuk menjauhkan diri dan memberitahu lelaki itu bahawa dia sudah bersama orang lain.
Netizen menyokong tindakan wanita itu dan mengecam sikap lelaki berkenaan yang dilabel sebagai narsis, perasan bagus, dan tidak matang dalam soal hubungan.
Geram dengan tindakan lelaki tersebut yang dianggap mempermainkan perasaannya, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri.
"Lepas beberapa bulan dia cari aku balik. Aku cakap aku dah ada orang lain. Cut off terus. Buat sakit kepala je orang macam ni," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang senada, menyokong tindakan wanita tersebut dan mengkritik sikap buruk lelaki berkenaan yang dianggap penting diri dan perasan bagus.

Sebahagian komen dan reaksi netizen.
"Lelaki jenis ni sangat 'euwww' la sis. Narsisistik sangat. Dia rasa sangat hot stuff la tu.
"Macam pondan la... dia fikir dia trofi atau hadiah pula. Memang bijak awak berundur terus daripada dia. Padan muka!
"Mesti dia rasa main character kan time tu." demikian antara komen netizen.


