ANAK kepada bintang bola sepak terkenal David Beckham iaitu Cruz Beckham sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil dengan gaya berani ketika bercuti di pantai Amalfi, Itali.
Menerusi beberapa foto yang tular, Cruz, 20, dilihat mengenakan seluar renang berwarna biru ketika berada di atas sebuah kapal mewah bersama teman wanitanya, Jackie Apostel.
Jackie, 29, kelihatan begitu mesra sambil mengenggam punggung kekasihnya di khalayak ramai.

Foto yang menjadi perhatian netizen.
Bagaimanapun rata-rata netizen tertumpu kepada bentuk kemaluan Cruz yang dianggap luar biasa.
"Untung dia dapat mewarisi sesuatu yang hebat daripada ayah dia.
"Mereka patut masuk bilik bukan di hadapan orang ramai!" antara komen netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: David Beckham tamatkan isu keluarga, panggil anak duduk berbincang empat mata
ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung masih kena pinggir, peminat anggap David dan Victoria tak layak ada keluarga
Pasangan itu sebelum ini dilaporkan sudah beberapa minggu menghabiskan masa berdua menikmati pemandangan indah di Amalfi selain berjemur di bawah cahaya matahari.
Walaupun aksi mereka mengundang perhatian, rata-rata peminat menganggap ia sekadar gurauan romantis pasangan muda yang sedang dilamun cinta.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


