SELEPAS mengumumkan bakal berkahwin, video penyanyi pelakon Kim Jong Kook melakukan pemeriksaan kiraan sperma untuk ujian kesuburan bersama rakan-rakannya kembali menjadi perhatian ramai.
Dalam salah satu episod rancangan Running Man, Jong Kook, 49, bersama dua rakannya melakukan ujian berkenaan bagi memastikan mereka mampu memiliki cahaya mata apabila sudah memiliki pasangan.
Ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah klinik, Jong Kook memberitahu dia tidak mahu menunggu lama untuk menimang cahaya mata.

Jong Kook mahu segera menjadi bapa.
Malah dia juga berharap agar isterinya akan hamil secara semula jadi tanpa melalui sebarang proses rawatan seperti in-vitro fertilization (IVF).
"Usia saya sudah menghampiri 50 tahun, saya rasa tidak boleh menunggu lama untuk dapatkan anak.
"Jika dapat anak secara semula jadi ia sangat bagus kerana tidak akan menyakiti isteri.
ARTIKEL BERKAITAN: Yoo Jae Suk dedah personaliti Kim Jong Kook berubah selepas umum bakal berkahwin
ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama peminat menanti, Kim Jong Kook akhirnya umum bakal kahwin
"Saya dapat tahu rawatan IVF boleh menyebabkan wanita mengalami kesakitan. Kalau boleh saya mahu memiliki anak yang sihat dengan kekuatan sperma saya," katanya ketika berbual dengan rakan-rakan dalam rancangan berkenaan.
Menerusi keputusan pemeriksaan, Jong Kook memiliki kiraan sperma paling banyak berbanding dua rakan lain dan lebih tinggi berbanding purata lelaki seusianya.

Jong Kook belum dedahkan wanita yang bakal jadi isterinya.
Walaupun pergerakan sperma paling rendah, doktor meyakinkan pelakon ini bahawa jumlah sperma yang tinggi membolehkan dia memiliki cahaya mata.
Jong Kook sebelum ini mengumumkan bakal berkahwin dalam masa terdekat namun merahsiakan identiti wanita pilihan hatinya.
Majlis berkenaan akan berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


