suria

[V] Netizen terkejut lihat Anggi Marito bawa pam susu ketika persembahan pentas

Anggi (kiri) membawa pam susu ketika membuat persembahan di atas pentas.

TINDAKAN penyanyi Anggi Marito mendapat pelbagai reaksi di media sosial apabila membawa pam susu ketika membuat persembahan di sebuah acara hiburan baru-baru ini. 

Menerusi sebuah video tular di media sosial [Tonton video], Anggi mencuri perhatian ramai apabila membawa pam susuk ke atas pentas selain lengkap dengan susu yang kelihatan terisi penuh dipercayai hasil pam sebelum memulakan persembahan. 

Meskipun memegang pam susu di tangan, Anggi tetap tampil yakin dan professional ketika menyampaikan lagu hitnya berjudul Tak Segampang Itu. 

Tindakan Anggi membawa pam susu sebelum ini menjadi perhatian ramai.

Tindakan luar biasa Anggi itu mendapat pelbagai reaksi termasuk rata-rata netizen menyifatkan penyanyi berkenaan masih memainkan peranan sebagai ibu penyayang walaupun sibuk dengan komitman kerjaya seni. 

"Respek dengan Anggi tetap bawa pam susu walaupun tengah buat persembahan. 

"Perjuangan seorang ibu," tulis netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah Macwilson kongsi video keluarkan pam susu dari baju, para ibu rasa malu - “Dia buat kita pula segan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu Bukan Susu Lembu” - Shima Anuar

Pun begitu, ada juga netizen yang berpendapat tindakan Anggi itu mungkin merupakan sebahagian daripada strategi mempromosikan produk pam susu. 

"Itu kan acara untuk para ibu, tak hairanlah kalau Anggi bawa pam susu," tambah netizen. 

Untuk rekod, Anggi mendirikan rumah tangga dengan juruterbang dikenali sebagai Kenji Ganessha pada 18 November 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Gemma Felicya Lourdes Ganessha yang kini berusia setahun. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain