TIADA angin tiada ribut, pemain bola sepak kebangsaan Indonesia, Pratama Arhan, dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap isterinya yang juga personaliti media sosial, Azizah Salsha.
Difahamkan, permohonan cerai itu dibuat secara senyap-senyap tanpa sebarang kenyataan terbuka daripada kedua-dua pihak.
Prosiding kes berlangsung pada Isnin di Mahkamah Agama Tigaraksa, Tangerang, Indonesia.

Difahamkan Arhan memfailkan cerai terhadap Azizah secara senyap.
Namun begitu, kedua-dua pihak tidak hadir secara fizikal ke mahkamah.
Apa yang mengejutkan, perbicaraan kes cerai ini pada awalnya langsung tidak diketahui umum dan hanya terbongkar secara kebetulan.
Nama penuh pasangan tersebut hanya didengari apabila wartawan yang hadir untuk membuat liputan kes perceraian selebriti Andre Taulany dan Rien Wartia Trigina secara tidak sengaja.
Setakat ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak berkaitan punca keretakan rumah tangga pasangan ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isteri pemain bola didakwa curang, influencer Azizah Salsha tampil ulas kontroversi rumah tangga
ARTIKEL BERKAITAN: 12 individu fitnah Azizah Salsha curang dipanggil polis, mahu pesalah terima hukuman setimpal
Pada Ogos tahun lalu, nama Azizah menjadi perhatian umum apabila didakwa berlaku curang terhadap Arhan.
Azizah didakwa bermain kayu tiga dengan Salim Nauderer iaitu kekasih pempengaruh Rachel Vennya.
Namun Azizah menyangkal tuduhan itu menerusi Instastory dan memberitahu rumah tangganya dalam keadaan baik.
Untuk rekod, Arhan dan Azizah mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


