suria

Harry Styles dan Zoe Kravitz mesra berpegang tangan, video dirakam tanpa sengaja

Ramai dakwa Harry Styles bercinta?

KEMESRAAN antara penyanyi Harry Styles dan aktres Zoe Kravitz menimbulkan tanda tanya ramai sehingga ada yang mengatakan mereka kini sedang bercinta. 

Gosip ini mula menjadi bualan hangat netizen apabila  ada yang melihat mereka berjalan sambil berpegangan tangan di Rome, Itali.

Ada yang nampak mereka bermesra pegangan tangan di Rome, Itali.

Difahamkan momen itu telah dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pengguna TikTok sebelum ia menjadi tular.

Perkongsian tersebut mendapat jumlah tontonan lebih 1 juta dan menimbulkan pelbagai reaksi peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Harry Styles perkenal produk baharu, jual alat mainan seks bersama pelincir

ARTIKEL BERKAITAN: Harry Styles hentikan konsert, peminat hamil mahu ke tandas

Pun begitu belum dapat dipastikan status sebenar hubungan antara mereka berdua. 

Apa lagi sebelum ini Zoe pernah berkongsi momen bersama pelakon Austin Butler di sebuah bar.

Harry  atau Zoe belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai khabar angin berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain