SELEPAS sembilan bulan mendirikan rumah tangga, peminat membuat spekulasi penyanyi Hyuna kini sedang hamil anak pertama.
Allkpop melaporkan, perkongsian foto yang dimuat naik Hyuna menerusi akaun media sosial miliknya sebelum ini mencetuskan tanda tanya apabila penyanyi berkenaan dilihat memegang wafel berbentuk seperti kasut bayi.
Reka bentuk wafel yang kecil dan comel itu sekali gus menarik perhatian ramai yang rata-ratanya membuat andaian ia merupakan satu petunjuk Hyuna sedang berbadan dua.
Hyuna (kanan) dan Jun Hyung berkahwin pada Oktober tahun lalu.
Tidak hanya itu, menerusi perkongsian foto lain, Hyuna dilihat memegang bahagian perutnya yang terdedah.
Hantaran dibuat itu seolah-olah memberi isyarat sekali gus menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan peminat.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas enam bulan bercinta, Hyuna dan Yong Jun Hyun kahwin Oktober depan
ARTIKEL BERKAITAN: Tayang beg berjenama, netizen puji layanan Yong Jun Hyung terhadap Hyuna
Ini bukan pertama kali Hyuna berdepan dengan khabar angin sedang hamil kerana sebelum berkahwin lagi, perubahan penampilannya yang mendadak di atas pentas turut membawa spekulasi sama tetapi ternyata dakwaan itu tidak berasas.
Untuk rekod, Hyuna berkahwin dengan penyanyi Yong Jun Hyung pada Oktober 2024 selepas hampir setahun bercinta.
Pun begitu perkahwinan mereka tidak direstui peminat kerana Jun Hyung pernah dikaitkan dengan kes jenayah seksual membabitkan ramai selebriti lelaki iaitu ‘Burning Sun’.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube