suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Siti Badriah tarik rambut pembantu rumah, netizen sifatkan tak berperikemanusiaan

Netizen kritik perbuatan kasar suami Siti Badriah.

NAMA suami penyanyi dangdut, Siti Badriah kini menjadi bualan ramai selepas didakwa bersikap kasar terhadap pembantu rumahnya sehingga tular di media sosial.

Menerusi video yang tersebar memaparkan Krisjiana Baharuddin menarik rambut pembantu rumah wanita ketika sedang mengelap pinggan mangkuk di dapur.

Dalam rakaman tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan menahan kesakitan dan rasa malu ketika kejadian berlaku.

Wajah pembantu rumah seolah-olah menahan sakit.

Perkongsian video ini telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang menganggap pasangan suami isteri tersebut bersikap kejam terhadap pembantu rumah mereka.

Namun ada juga yang berpendapat itu gurauan biasa yang dilakukan Krisjiana terhadap pembantunya.

"Kasar sangat gurauan majikan terhadap pembantu rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:  Siti Badriah rasa ‘insecure’ hamil anak kedua, sedih netizen wanita kecam perubahan hormon

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Badriah rupanya hamil anak kembar, sedih terpaksa gugurkan satu janin

"Daripada muka pembantu itu nampak jelas dia tak selesa. Dia pun manusia layanlah dengan baik.

"Dia memang jahat dengan pembantu, selalu berkata kasar dengan isterinya," antara komen netizen.

Susulan itu, pasangan berkenaan memilih untuk berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain