suria

Peminat bertindak ekstrem, cuba nak cium Eunho... "Nasib baik cepat elak"

Eunho terkejut apabila peminat wanita bertindak agresif terhadapnya.

ANGGOTA kumpulan Younite, Eunho, berdepan insiden tidak menyenangkan apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang peminat sewaktu menghadiri sebuah acara di Brazil.

Kejadian itu berlaku pada 17 Ogos lalu ketika mereka membuat persembahan sempena ‘Hari Budaya Korea Ke-18’ di São Paulo.

Dalam perjalanan meninggalkan lokasi acara, seorang wanita bertindak di luar kawalan mencengkam leher Eunho dan cuba mencium penyanyi itu.

Eunho sempat mengelak sebelum peminat wanita menciumnya.

Bagaimanapun, anggota keselamatan bertindak pantas menghalang wanita berkenaan daripada meneruskan perbuatan tersebut.

Eunho dilihat sangat terkejut dengan insiden itu dan segera dibawa keluar dari tempat kejadian.

Susulan kejadian tersebut, Eunho berkesempatan berkomunikasi dengan peminat menerusi platform Fromm memaklumkan dia berada dalam keadaan selamat.

“Saya terkejut pada mulanya, sangka dia staf acara. Nasib baik saya cepat mengelak dengan refleks saya. Saya okay,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Taeil kena penjara tiga tahun, nama didaftar sebagai pesalah jenayah seksual

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Jepun terpalit kontroversi acara hiburan seks, kesal sertai majlis bersama pengacara wanita

Sementara itu, penganjur acara mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengecam perbuatan sebegitu dan menegaskan gangguan seksual adalah perkara yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Kami amat kesal dengan insiden di mana seorang peminat cuba memaksa mencium artis. Kami tegaskan gangguan seksual dalam apa jua bentuk tidak boleh diterima.

“Tindakan yang melanggar maruah dan keselamatan akan diambil tindakan tegas,” ujar mereka.

Agensi Younite, Brand New Music, juga tampil memberi respon dengan memohon semua peminat menjaga jarak semasa acara demi keselamatan artis dan penonton yang hadir.

Mereka turut meminta agar peminat tidak membuat kritikan keterlaluan terhadap individu yang terlibat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain