PENYANYI Indonesia, Yetty Wijaya dilaporkan meninggal dunia di kediamannya pada Isnin.
Berita sedih itu dikongsi oleh rakan kepada Allahyarham iaitu Stanley Tulung yang juga merupakan seorang pemerhati muzik di negara berkenaan.
Lebih memilukan penyanyi itu ditemui dalam keadaan sudah tidak lagi bernyawa.

Yetty popular sebagai penyanyi lagu-lagu tradisional.
"Tidak dapat dipastikan pukul berapa dia meninggal dunia. Apa yang diketahui ketika kakaknya datang sekitar pukul 11 pagi, dia dalam keadaan terbujur kaku," katanya.
Stanley menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram berserta beberapa keping gambar kenangan Yetty ketika muda.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun simpan rahsia, pelawak wanita meninggal dunia akibat kanser
ARTIKEL BERKAITAN: Pinkan Mambo sewa rumah RM800 sehari, Atta Halilintar jadi inspirasi
Bagaimanapun belum dapat dipastikan punca sebenar kematian penyanyi itu.
Yetty merupakan seorang penyanyi yang popular sekitar tahun 1980-an dengan lagu bergenre tradisional.
Antara karya nyanyiannya yang masih diingati sehingga kini adalah lagu berjudul Ratapan Pengantin.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


