KERETAKAN rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan Indonesia, Pratama Arhan dengan personaliti media sosial Azizah Salsha menjadi perhatian ramai selepas punca penceraian mereka tersebar di media sosial.
Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok, pasangan ini sudah lama berdepan kemelut rumah tangga dan mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak September tahun lalu.
Malah tangkap layar dokumen mahkamah yang disebarkan juga menulis berlaku pergaduhan besar antara Arhan dan Azizah.

Arhan dan Azizah bernikah pada Ogos 2023.
"Pada September 2024 adalah kemuncak pertengkaran antara plaintif (Arhan) dan defendan (Azizah) menyebabkan mereka tidak lagi sebumbung. Sejak itu, mereka tidak lagi menjalani hubungan seperti suami dan isteri," demikian petikan yang tertulis dalam dokumen tersebut.
Dalam pada itu, beberapa butiran penting turut dinyatakan dalam permohonan itu termasuk Arhan mendakwa Azizah tidak pernah mendengar kata-katanya dan sering bertindak bertentangan hingga mencetuskan pertengkaran berulang kali.
Selain itu, perbezaan visi dan misi dalam perkahwinan juga menjadi faktor utama kemelut rumah tangga mereka tidak dapat diselesaikan secara baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Genap dua tahun kahwin, pemain bola failkan cerai terhadap isteri... Kantoi nama dipanggil ketika perbicaraan mahkamah
ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isteri pemain bola didakwa curang, influencer Azizah Salsha tampil ulas kontroversi rumah tangga
Lebih buruk lagi, sikap saling tidak percaya dan ego masing-masing membuatkan pasangan ini gagal menggendalikan masalah dengan matang.
Sebelum ini, Arhan dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Azizah secara senyap-senyap tanpa sebarang kenyataan terbuka daripada kedua-dua pihak.
Prosiding kes berlangsung pada Isnin di Mahkamah Agama Tigaraksa, Tangerang, Indonesia.
Namun begitu, kedua-dua pihak tidak hadir secara fizikal ke mahkamah.
Untuk rekod, Arhan dan Azizah mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


