suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cassandra bertindak di luar kawalan, berani rampas beg dan telefon Olivie Tsao... Rupanya dah lama beri gangguan

Olivia dipercayai trauma dengan sikap peminatnya.

PENYANYI Taiwan, Olivia Tsao sekali lagi menjadi mangsa gangguan peminat fanatik yang bertindak di luar kawalan cuba mendekatinya. 

Wanita asal Singapura yang dikenali sebagai Cassandra itu juga dilaporkan enggan menerima araha apabila diminta untuk beredar dari tempat kejadian. 

Dalam satu insiden yang berlaku di sebuah salon di Taipei, dia didakwa merampas beg tangan dan telefon bimbit milik Olivia, sehingga berlaku pergelutan antara mereka. 

Cassandra tak pernah serik dengan hukuman dikenakan terhadapnya.

Ini merupakan kejadian kedua Cassandra cuba bertindak sebegitu terhadap Olivia.

Pada Jun lalu, Cassandra dikenakan hukuman penjara 6 bulan dan didenda selepas didapati bersalah atas beberapa kesalahan termasuk mengganggu, mengekori dan merosakkan harta benda.

Dia sepatutnya dihantar pulang ke Singapura sebaik sahaja menjalani hukuman itu, namun kelewatan dalam proses undang-undang membuatkan Cassandra berada di Taiwan dan terus menganggu Olivia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran pelakon diserbu peminat fanatik, 5 kali berpindah hotel dalam satu malam

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen terkejut lihat bibir Eunchae Le Sserafim macam muncung itik, dakwa terlebih suntik

Cassandra dipercayai mula menganggu Olivia sejak November 2023 dengan menghantar pelbagai mesej melalui Instagram, Facebook dan e-mel.

Sementara itu, pengurusnya pula berkata insiden berkenaan bukan sahaja memberi kesan emosi yang besar kepada Olivia, malah turut mengganggu jadual kerjanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain